Friday, 12 October 2012
BENARKAH PEJABAT DUTA MALAYSIA DITUTUP GARA GARA DS ROSMAH ??
Artikel ni MTK petik dari Blog selebriti terkenal TV1 Zamzarinazambri.blogspot.com
ZZ rasa terpanggil untuk mengetahui isu sebenar 'Penutupan Kedutaan Malaysia di Doha' selama tiga hari ekoran Lawatan Kerja Isteri Perdana Menteri Datin Sri Rosmah Mansor. Isu ini hanya hangat diperkatakan di dunia cyber dan media sosial. Kebetulan ZZ mengenali Duta Besar Malaysia ke Qatar, Ahmad Jazri Mohd. Johar lalu ZZ bertanyakan hal ini melalui sms dan kemudiannya beliau menghubungi telefon ZZ untuk menceritakan keadaan sebenar.
Apa yang ZZ tulis dibawah adalah berdasarkan penjelasan beliau kepada ZZ melalui telefon siang tadi. Harapnya dengan penjelasan ini dapat menjawab isu berkenaan.
Adalah tidak benar dakwaan mengatakan Kedutaan Malaysia ditutup apatah lagi mengaitkannya dengan lawatan Isteri Perdana Menteri. Operasi tidak ditutup tetapi sebaliknya DIPINDAHKAN SEMENTARA ke Bilik Sekretariat di Hotel St. Regis. Ini memandangkan pihak Kedutaan perlu menguruskan sejumlah DELEGASI YANG BESAR dari Malaysia termasuklah Isteri Perdana Menteri, delegasi Ketua Menteri Sarawak dan delegasi Kementerian Penerangan yang diketuai Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Maglin Dennis D'Cruz serta delegasi ahli-ahli perniagaan Malaysia.
Memandangkan jumlah delegasi Malaysia yang besar sempena Inside Investor Forum yang berlangsung di St. Regis Hotel di Doha maka pihak Kedutaan telah memindahkan sementara operasi ke Bilik Sekretariat di Hotel St. Regis Hotel. Bilik sekretariat ini dibuka 24jam sehari sepanjang tempoh berkenaan. Dengan kekuatan hanya seramai TIGA ORANG PEGAWAI TERMASUK DUTA, maka pemindahan sementara operasi ke Bilik Sekretariat adalah wajar.Baca seterusnya
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda