Saturday, 6 October 2012

ANTARA 2 MANGKOK NI VIDEO SIAPA AKAN TERKELUAR DULU




AZMIN ini sebetulnya sama macam idolanya juga, Anwar Ibrahim. Kalau dia nak ‘bunuh’ karier politik orang, dia akan guna pendekatan dan bahasa yang sangat mudah dibaca saingan politiknya dari UMNO – macam penulis.

Sebab itulah pengumumannya baru-baru ini mengenai ‘kebarangkalian’ Khalid Ibrahim tidak akan kekal sebagai Menteri Besar Selangor selepas PRU13 (atau pilihanraya negeri yang dijalankan berasingan) berakhir, hanya mengejutkan balaci dan macainya sahaja.

Balaci terkejut pun bukan sebab apa, sebab mereka dah baca semua ini dalam blog dan portal pro UMNO seperti MyKMU ini – lama sebelum Azmin buat pengumuman pun. Mungkin balaci pelik, macam mana UMNO boleh tahu dulu dan mereka yang mati-matian mempertahankan parti lambang lubang buntut ini tahu kemudian?



Itulah masalahnya bila hanya confined kepala hotak dengan membaca Suara Keadilan, Harakah, Malaysiakini dan seumpama dengannya sahaja. Semua penerbitan ini tidak akan siar yang buruk-buruk mengenai Pas, DAP dan PKR sebab itu sumber pendapatan mereka.

Orang gila sahaja yang akan lempar taik pada orang lain yang bagi wang padanya.

Soal Azmin akan jadi Menteri Besar menggantikan Khalid bukan susah sangat nak dibaca. Sebaik Khalid disingkirkan dari menjadi Pengerusi PKR Selangor untuk diganti dengan Azmin pun kita dah tau. Sebaik surat-surat rahsia kerajaan negeri mengenai perlantikkan firma guaman milik anak saudara Setpol Khalid terdedah, pun kita sudah tau.

Begitu juga bila gambar-gambar video seks Azmin tersebar (video sebenar bakal terdedah tidak lama lagi, siap dengan rekod keluar masuk rumah), kita sudah tahu ada ‘perang’ sedang berlaku antara 2 ‘hang kebun’ PKR ini.

Apa yang susah sangat nak baca permainan politik macam ini?

Walaupun semalam Khalid tampil dengan kenyataan untuk ‘cover damage’ yang sudah dibuat Azmin, itu masih tidak menyelesaikan mahupun menjelaskan kekalutan yang timbul dikalangan 2 ekor ini. Khalid kata itu ‘pendapat peribadi Azmin’, yang mana merupakan alasan typical pemimpin Pakatan haram bila dah kantoi.

Peribadi apanya bila Azmin seperti disebut di atas Pengerusi PKR Selangor (ada kuasa pilih calon untuk Selangor), dan dalam masa yang sama Pengarah Pilihanraya PKR Pusat (kuasa tentukan calon PKR setiap kawasan).

Khalid pun tau itu, dan komen balas kononnya kenyataan Azmin itu bersifat peribadi, hanya usaha Khalid untuk selindungkan masalah sebenar yang berlaku.

Malah dari kenyataan itu, nampak sangat Khalid dah give-up dalam memberi jiwa Anwar untuk menyaingi Azmin.

Wei Khalid, setakat beli bas 2 tingkat untuk Anwar bermewah-mewah, belum cukup kuat untuk lawan Azmin yang sanggup serah bini sendiri tau (ada video), mana boleh lawan!!

SUMBER MYKMU

1 comment:

  1. Bagus lah saudara jadi tukang gempur, tapi pelik cuma tang ahli pkr. Ahli umno,dan barisan macam mana takde benda nak gempur ke? Ke tak nampak. Jangan banyak baca utusan aja. Pelik kuman seberang laut nampak gajah depan mata tak nampak. Aduh saudara ni, blog2 pegampu macam ni memang banyak dah orang buat mencarut aja lebih keliru fakta. Bro haji hadi mintak sejam nak cakap pasal kes amanat dia kat tv 1 and 3 ada bran ke depa nak bagi jalan.

    ReplyDelete

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda