Wednesday, 24 October 2012

2 MB YANG SAKIT NI DISARAN BERTANDING LAGI 2 PENGGAL




Menjelang PRU ke-13 yang dijangka berlangsung tidak lama lagi, kita sering disogokkan dengan spekulasi mengenai calon-calon yang bakal bertanding di Parlimen dan DUN di seluruh pelosok negara.

Pun begitu, selepas PRU tamat, kita sebok pula mendengar beberapa Ahli Parlimen dan ADUN yang meninggal dunia, sakit teruk dan sering keluar masuk hospital.

Bagi yang meninggal dunia, saya tidak kisah sangat memandangkan ajal maut itu di tangan Allah SWT. Tapi yang agak menyakitkan hati apabila melihat mereka-mereka yang sering uzur dan keluar masuk wad hospital.

Apatah lagi sekiranya individu yang sering keluar masuk wad itu merupakan seorang yang memegang jawatan penting dalam pentadbiran sesebuah kerajaan.

Dalam hal ini, saya berpendapat bahawa dua Menteri Besar PAS di Kelantan dan Kedah merupakan “juara” yang sering menyusahkan rakyat dengan masalah kesihatan mereka.



Nik Aziz misalnya sudah beberapa tahun uzur dan sering sakit sehingga timbul spekulasi bahawa dia ajalnya sudah begitu hampir. Dari pejabatnya terletak di tingkat 3 di Kota Bharu, ia terpaksa dipindahkan ke “ground floor” bagi memastikan dia tidak tergolek tidak bernafas menaiki tangga.

Meskipun pernah mendoakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, supaya Allah pecahkan perut beliau, Nik Aziz sendiri sudah beberapa kali muntah darah dan dikejarkan ke hospital walaupun tiada sesiapa pun yang mendoakan supaya dia muntah darah.

Itu belum lagi diceritakan mengenai pejabatnya yang dikatakan dilengkapi sebuah katil bujang untuk dia merehatkan diri ketika di bertugas! Uzur benar orang tua itu.




Begitu juga di Kedah, Azizan Razak yang diketahui ramai tidak suka makan ubat dan degil mendengar nasihat doktor dilaporkan selalu keluar masuk hospital akibat masalah kesihatannya yang tidak stabil.

Menurut sumber, jantung di dadanya itu sangat bermasalah dan memerlukan penjagaan rapi yang memerlukan dia berehat panjang.

Selain pernah menjalani pembedahan di IJN, Azizan dikatakan perlu mengunjungi hospital sekerap 3 kali seminggu, tidak termasuk sekiranya dia sesak nafas atau menghadapi masalah kesihatan yang lain.

Saya difahamkan oleh seorang rakan PAS di Wisma Darulaman bahawa Azizan Razak tidak menggunakan penghawa dingin dan terpaksa membuka tingkap ketika berada di pejabat juga disebabkan masalah kesihatannya yang meruncing.

Persoalannya, berdasarkan rekod dan tahap kesihatan kedua Menteri Besar yang degil ini, apakah mereka mampu memberikan khidmat terbaik untuk rakyat di negeri masing-masing?

Sekiranya mereka tidak dapat bertugas dan dimasukkan ke wad, apakah pengganti mereka yang menguruskan pentadbiran negeri itu boleh diharap dan tidak menggunaka kuasa sewenang-wenangnya?

Selain itu, dengan keadaan yang sering uzur dan tidak membolehkan mereka memberi khidmat, apakah mereka tidak rasa bersalah kerana meninggalkan tanggungjawab mereka berhubung hal ehwal negeri dan rakyat?

Tidakkah mereka rasa berdosa kerana makan “gaji buta”?

Sesuai lagikah mereka bertanding pada PRU ke-13 kali ini dan apakah mereka mampu menjadi ADUN atau Ahli Parlimen untuk tempoh sepenggal lagi?

Pada saya, tak payah tanya pun, sudah tentu ramai yang bersetuju bahawa kedua Menteri Besar itu tidak sepatutnya dicalonkan oleh PAS pada PRU ke-13 nanti memandangkan masalah kesihatan dan usia yang sudah tua.

Saya sebenarnya tidak kisah sangat sama ada Nik Aziz atau Azizan dicalonkan pada PRU kali ini. Cuma, saya hanya kasihankan rakyat yang mereka wakili di DUN masing-masing di mana mereka akan terbiar tidak terbela kerana wakil mereka sering memerlukan “pertolongan cemas”!

SUMBER MYKMU

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda