Wednesday, 26 September 2012

VC UUM ANGGAP CALON CALON YANG DIPILIH ADALAH YANG TERBAIK #ASPIRASIMAHASISWA




Sintok, 26 September - Dalam Pilihan Raya Kampus di UUM yang berakhir kelmarin, keputusannya telah berpihak kepada calon PRO-AM dengan kemenangan 34 kerusi dari 36 kerusi yang di pertandingkan.

Bagi kerusi yang selebihnya , satu kerusi di menangi oleh calon bebas dan satu lagi kerusi di menangi oleh calon dari Pro-M.

Dalam sidang media yang telah di lakukan Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak, beliau beranggapan Pilihan Raya Kampus di jalankan dengan baik sekali dan demokratik, kerana calon-calon yang bertanding telah menunjukan sikap mahasiswa yang matang di dalam berkempen secara sihat tanpa berlaku kekecohan.

Selain dari itu, beliau berharap supaya calon-calon yang di pilih akan membentuk satu penampilan kepimpinan yang baik dan berkesan untuk menjayakan agenda utama mahasiswa UUM yang mahu melihat mahasiswa dan UUM menjadi Universiti yang hebat dan terkemuka. - Media Kedah

1 comment:

  1. Sebagai seorang yang semua mahu dipolitikkan, pemilihan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UUM kali ini juga dipolitikkan. Politik sana, politik sini, jolok sana, jolok sini, bodek sana, bodek sini. Kejayaan hampir menemui pembodek ini, walaupun calon yang disukai terlibat dalam siasatan SPRM. Kuasa politik UMNO mampu untuk menjayakan semua kehendak ini. Beliau bermati-matian mahukan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, PM Amy Azhar sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni. Apabila diketahui pejabat Menteri Pengajian Tinggi mendapati melalui maklumat pelajar terutamanya dari Majlis Perwakilan Pelajar tidak menyukai calon ini, NC terus menghubungi Presiden MPP, Saudara Amer Izuddin untuk menghantar SMS dan memorandumj kepada Menteri menyatakan sokongan. Walaubagaimanapun pelajar kini yang lebih bijak dan berhati-hati tidak mahu dicucuk hidung, sebaliknya mahukan kehendak pelajar sebenar yang mahukan calon lain sebagai TNC. NC Mustapa terus membelasah Presiden MPP melalui SMS dan cakap-cakap kepada semua orang, Amer Izzudin merupakan seorang ahli PKR. Terus dipolitikkan. Sedangkan pelajar berkenaan tidak mahu calon berkenaan. Selain itu juga, PM Amy Azhar kini dalam siasatan SPRM kerana didapati telah menghantar pelajar ke hotel miliknya untuk berkursus. Kerana menjaid Pengarah HEP juga beliau mengarahkan pegawai untuk menghantar sejumlah staf berkursus dihotelnya.
    Naib Canselor yang tidak berpuas hati dengan Menteri Khaled telah melobi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri agar Amy Azhar akan tetap menjadi Timbalan. Menteri terpaksa akur dengan arahan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

    ReplyDelete

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda