Wednesday, 26 September 2012

PANASSS !!! KARAOKE GELI GELI PUN ADA DI SELANGOR ?





Berhibur ditemani gadis genit berpakaian menjolok mata! Itu antara pakej ditawarkan pengusaha pusat karaoke di kawasan komersil Putra Walk di Taman Pinggiran Putra di sini sejak setahun lalu.

Pengunjung dikatakan bukan sahaja boleh berkaraoke di bilik gelap namun turut dibekalkan wanita muda berpakaian seksi sebagai penyeri sekiranya mampu membayar kadar pakej khas ditawarkan.

Pegawai Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, Inspektor Roslin Mohd Isa berkata, bertindak atas maklumat awam pihaknya menyerbu premis yang pernah tiga kali diserbu sejak awal tahun lalu.

Menurutnya, lima warga Vietnam dan dua penjaga berusia antara 19 hingga dan 25 tahun serta dua pelanggan ditahan dalam Ops Noda bersama Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) lewat malam kelmarin.



Roslin berkata, premis didapati menjalankan perniagaan secara haram dan tidak mempunyai lesen perniagaan sah daripada MPSJ

“Pengusaha didapati menawarkan tiga pakej berlainan kepada pelanggan termasuk aktiviti karaoke, minuman keras dan perempuan berpakaian seksi sebagai teman bersosial.

“Bayaran dikenakan antara RM150 hingga RM350 dan pihak kami mendapat maklumat mereka menjalankan perniagaan dari jam 8 malam hingga 5 pagi,” katanya.

Roslin berkata, pihaknya menolak kemungkinan berlaku aktiviti pelacuran di premis terbabit namun mengesyaki berlaku ‘tawar-menawar’ membawa wanita warga asing untuk menikmati layanan tambahan di tempat lain.

Katanya, hasil intipan sebelum ini mendapati wanita terbabit digunakan untuk berseronok dan berpelukan dengan pelanggan mereka.

“Kesemua ditahan termasuk dua penjaga akan disiasat di bawah Seksyen 39 (b) Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1963,” katanya pelanggan juga di bawa ke IPD untuk diambil keterangan.

Sementara itu, semalam MPSJ diketuai Penolong Pengarah Penguatkuasa, Mazrul Zahar Mohamad mengambil tindakan menyita premis terbabit.SINAR

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda