Saturday, 22 September 2012

PANASS !!! SIPUTDIN MUKA BULAN DASAR KAKI KENCING !!!



Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam sidang media di pejabatnya di Putrajaya pagi Jumaat berkata wujud unsur penipuan yang berlaku dalam audit daftar pemilih yang dilakukan oleh PKR di negeri Selangor.

Abdul Aziz berkata beliau amat kecewa dengan tindakan Saifuddin menggunakan sekeping gambar dan alamat surat-menyurat sebuah pondok di Gombak untuk menyokong dakwaannya mengenai 13 pengundi meragukan yang berdaftar menggunakan alamat tersebut.

Penipuan tersebut dikesan oleh SPR selepas Abdul Aziz dan Saifuddin dijemput dalam sebuah program radio Bernama baru-baru ini.

 “Dalam program tersebut Saifuddin menunjukkan kepada wartawan gambar sebuah pondok yang dikatakan terdapat 18 orang pengundi berdaftar di Kampung Sungai Pusu, Gombak.




“Saya minta dia tunjukkan gambar tersebut, gambar tersebut kami ambil untuk buat kajian. “Saya mengarahkan beberapa pegawai saya untuk memeriksa kawasan tersebut dan sebenarnya kawasan itu luas dan dikelilingi rumah apabila SPR turun dilapangan, rupa-rupanya, pondok itu adalah tempat letak motosikal dan sebenarnya terdapat 32 buah keluarga tinggal kampung tersebut, gambar tersebut sebenarnya di crop. 

“Ini salah satu bukti penipuan dalam audit yang dilakukan oleh PKR,” kata Abdul Aziz. "Pondok itu hanya digunakan oleh penduduk di kawasan itu untuk meletakkan motosikal dan terdapat kedai kopi di sana yang menggunakan alamat surat-menyurat itu.

"Peti surat disitu digunakan sebagai address point para penduduk kawasan itu...," "Rumah-rumah tersebut terletak di bukit sekitarnya dan dilindungi pokok. Sebab mengapa mereka menggunakan alamat sama adalah kerana ia terletak di atas tanah rata dan memudahkan posmen untuk menghantar surat.

 "Ini tidak unik...terdapat banyak kes di mana orang ramai menggunakan alamat sama atas sebab-sebab serupa. Ia tidak bermaksud pengundi-pengundi ini tinggal di pondok tersebut," katanya. Menurut beliau lagi, SPR rasa seperti diperbodohkan pembangkang.

 “Sebab itu apabila terdapat kekeliruan atau tidak jelas tentang sesuatu perkara, datang berjumpa SPR.“Jangan terus dedah kepada media kerana ini akan mengelirukan orang ramai,” kata pengerusi SPR itu lagi. Abdul Aziz turut menunjukkan gambar-gambar hasil penyiasatan yang dilakukan oleh pasukan penyiasat SPR Selangor ke Kampung Sungai Pusu yang menunjukkan 32 keluarga yang menetap di kampung tersebut menggunakan satu alamat yang terletak di pondok tersebut.

Mengulas hasrat beberapa negeri yang ditadbir pakatan pembangkang mahu mengadakan pilihan raya secara berasingan kerana Daftar Pemilih meragukan, Abdul Aziz berkata, berdasarkan undang-undang mereka boleh berbuat demikian. Namun katanya, dakwaan bahawa Daftar Pemilih meragukan adalah suatu yang tuduhan yang serius memandangkan SPR memberi ruang dan peluang kepada pemilih untuk melakukan semakan dan bantahan serta pembetulan.

Sejak 2008 hingga suku kedua 2012, SPR membersihkan 480,229 nama daripada Daftar Pemilih dengan jumlah tertinggi dicatat di Perak, Johor, Selangor, Kedah dan Kelantan. Di Selangor, pembersihan mengikut kategori pemotongan ialah 41,645 (kematian); 704 (bersara tentera); 462 (bersara polis); 587 (hilang layak mengundi); 1,286 (hilang layak pengundi awam); 929 (masuk polis); 690 (masuk tentera); 1,094 (lucut warganegara); 96 (pulang dari luar negara); 211 (pergi ke luar negara); 416 (sabitan mahkamah); sembilan (pendaftaran berganda) dan 370 silap pendataan.

Bagi pendaftaran baharu dan pertukaran alamat bagi tempoh 2008 hingga Daftar Pemilih Suku Tahun kedua 2012 pula Selangor mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 615,281 disusuli Johor (449,209), Perak (384,291), Sarawak (275,127) dan Sabah (271,131). Jumlah pemilih berdaftar sehingga Ogos lalu adalah seramai 13,052,374 orang di mana 12,778,127 orang adalah pengundi biasa dan 274,247 orang adalah pengundi tidak hadir yang terdiri daripada tentera, polis dan pengundi luar negara.

 -21/9/2012 AGENDA DAILY

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda