Friday, 7 September 2012

PANASS !!! PUSAT JUDI HARAM YANG DIRESTUI KERAJAAN PAS KEDAH DI SERBU POLIS



ALOR SETAR - Sebanyak 59 set komputer dan 38 mesin simulator dirampas pasukan khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dalam serbuan di sebuah bangunan berhampiran Lebuh Raya Darul Aman.

Jurucakap polis berkata, serbuan pada jam 3 petang melibatkan 12 anggota dan dua pegawai.

Menurutnya, serbuan itu dilakukan hasil daripada maklumat orang awam berhubung kegiatan perjudian di kawasan berkenaan.

“Sewaktu serbuan, terdapat 14 pelanggan sedang leka bermain mesin itu manakala dua wanita berusia 18 tahun dan 30- an adalah penjaga premis berkenaan.

“Mesin simulator dan set komputer itu dirampas kerana pemiliknya melanggar syarat lesen apabila hanya mempunyai lesen simulator dan snuker,” katanya.

Beliau berkata, nilai rampasan berjumlah RM367,000 dan kes disiasat mengikut Enakmen Hiburan Negeri Kedah..Bernama

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda