Thursday, 13 September 2012
PANASS !!! PENCACAI PAKATAN JERIT "CINA BABI" KEPADA PENYOKONG MCA GARA2 SI GAGAP BATAL DEBAT !!
Debat yang sepatutnya berlangsung antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong berkaitan isu penyelewengan hutang Talam Corporation Bhd. (Talam) malam ini tidak menjadi realiti apabila Abdul Khalid gagal menampilkan diri.
Beliau dikatakan berada di Bangkok, Thailand atas urusan yang tidak mampu diperjelaskan oleh wakil-wakilnya yang hadir malam ini.
Sebaliknya, empat orang wakil Abdul Khalid yang dihantar untuk berdebat dengan Tee Yong berkaitan isu dakwaan penyelewengan itu juga bertindak keluar dewan selepas duduk seketika apabila Tee Yong dengan jelas menyatakan beliau enggan berdebat dengan mereka.
Tee Yong sebelum ini secara konsisten menyatakan hanya mahu berhadapan dengan Abdul Khalid sahaja berhubung skandal yang didakwa melibatkan penyelewengan sehingga RM1 billion.
Keempat-empat wakil Menteri Besar yang hadir ialah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, William Leong (Selayang) dan Dr. Zulkefly Ahmad (Kuala Selangor) serta Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin.
“Saya tidak halau wakil-wakil MB dari dewan, mereka keluar sendiri.
“Apa pun, selepas ini saya akan cari MB lagi dalam bulan ini untuk tetapkan tarikh baru debat,” kata Tee Yong pada sidang akhbar yang diadakan selepas Abdul Khalid gagal muncul.
Bagi pihak Tee Yong, beliau tidak pernah menyatakan hasrat untuk berdebat dengan mana-mana wakil yang dihantar oleh Kerajaan Selangor dan terus berazam untuk berdepan dengan Abdul Khalid bagi mendapatkan kebenaran di sebalik isu Talam.
Walaupun acara debat tidak berlangsung seperti yang dirancang, Tee Yong meneruskan majlis dengan melakukan pembentangan dan pendedahan skandal Talam kepada penyokong yang hadir selepas wakil-wakil Menteri Besar pulang.
Dalam pada itu, keempat-empat wakil Khalid Ibrahim gagal memberitahu tujuan menteri besar ke negara jiran.
“MB tidak ada pada malam ini, kerana pergi ke Bangkok. Itu sahaja saya boleh katakan,” jelas Tony Pua dalam sidang akhbar berasingan sejurus selepas keluar dari dewan debat.
Sementara itu, berlaku kekecohan hampir 10 minit sewaktu empat wakil kerajaan negeri Selangor keluar meninggalkan dewan.
Kejadian berpunca dari sikap penyokong-penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang bertindak menjerit dan memaki penyokong MCA yang masih menunggu di dalam dewan.
Tindakan seorang penyokong pembangkang berbangsa Melayu menjerit perkataan ‘Cina Babi’ hampir menimbulkan pergaduhan di kalangan penyokong parti masing-masing.
Namun, pihak polis berjaya mengawal keadaan. - Mynewshub
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda