Usaha Pakatan Rakyat memperkenalkan bendera baru bagi menukar Jalur Gemilang benar-benar memakan diri parti tersebut. Walaupun Anwar bersungguh-sungguh cuba menafikan yang PR punya sebarang niat sedemikian, namun pengakuan pegawai Anwar untuk tugas sebagai penasihat ekonomi Selangor, Najwan Halimi, sebagai pencipta bendera tersebut, menyebabkan penafian Anwar terkantoi.
Najwan telah mempertahankan bendera Sang Saka Bangsa ciptaannya yang didakwanya dicipta seawal tahun 2007. Profile facebook Najwan menamakan dirinya sebagai Timbalan Ketua Penerangan AMK Malaysia, seorang pengamal politik ‘moderate’ dan pengasas serta pengarah Akademi Pak Sako, sebuah akademi yang menggunakan nama Pak Sako, nama sebenar kepada Ishak Haji Muhammad, individu yang mengagaskan idea penyatuan Melayu Raya Indonesia, Malaysia dan Brunei.
Perlu diingatkan iaitu, pada tahun 2003, PKR, pada ketika itu memakai nama Parti Keadilan Nasional (PKN) telah bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) iaitu satu-satunya parti berhaluan kiri yang masih wujud pada hari ini.
Mengimbas sejarah PRM, pada tahun 1958, PRM pimpinan Ahmad Boestamam telah bergabung dengan Parti Buruh Malaya, pimpinan Pak Sako dan Parti Perhimpunan Kebangsaan, pimpinan Abdul Aziz Ishak) dan menamakan gabungan mereka sebagai Barisan Sosialis Rakyat Malaya (Malayan People’s Socialist Front) yang berhaluan kiri.
Sebelum itu, pada tahun 1938 Ahmad Boestamam menubuhkan Gerakan Kiri Tanah Air (KITA) yang bekerjasama dengan Parti Komunis Malaya bagi menentang Jepun. Beliau kemudiannya menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada tahun 1945.
PKMM mempunyai dua cawangan pemuda dan pemudi iaitu Angkatan Pemuda Insaf (API) yang dipimpin oleh Boestamam, dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang dipimpin oleh Shamsiah Fakeh yang juga salah seorang aktivis komunis.
Pada tahun 1947, PKMM dipimpin pula oleh Pak Sako.
PKMM kemudiannya, menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dan bergabung pula dengan AMCJA (All-Malaya Council of Joint Action) sebagai gabungan kumpulan sosialis Malaya. Gabungan ini bertujuan menentang kandungan Perjanjian Persekutuan 1948 untuk penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.
Ini kerana PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.
Dalam usaha merealisasikan gagasan ini, PKMM mengambil bendera kebangsaan Indonesia – Sang Saka Merah Putih sebagai bendera parti dan lagu kebangsaan Indonesia Raya sebagai lagu kebangsaan PKMM yang sering dinyanyikan dalam perhimpunan PKMM.
sang saka merah putih |
Oleh itu, persoalan yang timbul ialah, apakah ‘roh’ Pak Sako dan komunis hanya satu kebetulan dalam bendera Sang Saka Bangsa? Apakah kecenderungan PR untuk mengwirakan Mat Indera, seorang pengganas komunis, merupakan sebahagian dari keseluruhan agenda besar komunisme?
Apabila berlaku konfrontasi Indonesia-Malaysia pada 1963, Ahmad Boestamam, Pak Sako dan Aziz Ishak ditahan di bawah undang-undang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana menjadi pembelot negara dengan bersekongkol dengan Indonesia.
Dan apa yang ironi di sini ialah, Anwar juga dianggap sebagai pengkhianat negara dan sering mengunjungi Indonesia untuk memburuk-burukkan Malaysia serta menghasut rakyat di negara tersebut agar memandang serong dan rendah terhadap rakyat dan negara ini. Seolah-olah beliau cuba menggerakkan satu konfrontasi pula.
Mungkinkah impian Anwar setinggi itu iaitu memanjangkan idea Pak Sako iaitu menggabungkan Indonesia-Malaysia dengan meletakkan dirinya sebagai Ketua bagi gugusan Melayu rantau ini?
Apakah jenis pemimpin yang dengan sengaja ‘menjemput’ negara asing menjajah kita sedangkan pemimpin seharusnya mempertahankan negara dari dijajah? Apalagi negara yang jauh lebih mundur dari kita seperti Indonesia.
Kita tidak dapat membayangkan adanya sebarang penjelasan yang masuk akal dari pihak PR berkenaan isu bendera Sang Saka Malaya ini. PR boleh terus menafi, tetapi kerosakan telah pun berlaku. Rakyat kini telah sedar siapakah PR dan apakah agenda besar parti ini untuk Malaysia.
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda