Thursday, 27 September 2012

MAMPU SEWA JET HAMPIR 100 RIBU BUKTI ANWAR KAYA !!




Kos menyewa jet eksekutif selama dua hari untuk membawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama beberapa pemimpin pakatan pembangkang lain ke Labuan, Sabah pertengahan bulan ini adalah RM96,000.

Menurut sumber, kos tersebut meliputi semua caj termasuk bayaran juruterbang, jurutera dan perkhidmatan lain yang dikenakan Tjets Sdn. Bhd. (Tjets).

Difahamkan, urusan tempahan jet berkenaan dilakukan oleh seorang individu dari Sarawak.

Sementara itu, Pengerusi Tjets, Datuk Mohd. Taufik Omar (gambar kecil) menjelaskan, beliau tiada hubungan persahabatan dengan Anwar sebaliknya perkhidmatan pengurusan penerbangan jet eksekutif yang dinaiki Ketua Pembangkang itu dilakukan secara profesional.


Jelasnya, beliau tidak mengetahui bahawa Anwar akan menjadi penumpang jet eksekutif berkenaan apabila tempahan dibuat.

“Sehinggalah jet mahu berlepas baru saya tahu antara penumpangnya ialah Anwar dan rakan-rakannya.

“Saya orang berniaga dan saya menguruskan tempahan secara profesional. Tidak pula saya memeriksa siapa yang akan menjadi penumpang apabila sesuatu tempahan jet eksekutif dibuat,” jelasnya.

Sebelum ini, seorang penulis blog, John F. Seademon mendakwa, Mohd. Taufik yang menyewakan jet tersebut kepada Anwar.

Kisah mengenai jet tersebut tercetus apabila Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua pada laman Twitternya memuat turun gambar jet eksekutif Dassault Falcon pada 15 September lalu yang kemudian dipetik beberapa blog antaranya http://mediawangsamaju.blogspot.com.

Selain Anwar, turut menaiki jet eksekutif berkenaan ialah Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw; Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Dr. Hatta Ramli dan Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin.

“Apabila saya melihat Anwar menjadi penumpang jet tersebut, apa yang boleh saya buat?

“Tidak mungkin saya meminta Anwar dan rakan-rakannya turun. Saya hanya sekadar boleh beristighfar dan tunggu apa yang akan berlaku selepas ini,” katanya lagi.

Menurutnya, tidak banyak syarikat bumiputera terlibat dengan industri pengurusan penyediaan jet eksekutif di negara ini dan oleh itu, adalah tidak adil bagi mana-mana pihak menuduhnya ada kaitan dengan Anwar.

“Saya hanya cari makan dan ini adalah salah satu bidang perniagaan saya. Adakah saya bersalah hanya disebabkan Anwar menjadi salah seorang penumpang dalam jet yang diuruskan oleh syarikat saya?

“Saya amat berharap penjelasan ini menceritakan perkara yang sebenarnya berlaku,” katanya. – Kosmo Online

2 comments:

  1. biasalah.
    orang politik serupa sahaja.
    jkkkk/mkkk ada kereta mewah awat tak habak sama.
    mb kedah dulu pun sewa jet juga.
    ini ketua pembangkang.

    tak ada apa pun kelainan.

    adun pakai bmw pun ada.
    mp pakai mecedes harga 1/2 juta pun ada.

    cari lah isu lain yg kualiti sikit.

    nampak lece sangat isu ini.

    tengok isu rasuah yg tak pernah kurang.......

    ReplyDelete
  2. Adakah isu rasuah di negeri negeri di bawah pembangkang Sifar Rasuah.Jangan kata dulang....

    ReplyDelete

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda