Masihkah anda ingat lagi dengan kisah tanah runtuh yang melibatkan Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat, Selangor pada 21 Mei tahun lalu?
Tragedi yang menyayat hati itu telah mengorbankan seramai 16 orang anak yatim.
Hasil siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) selepas kejadian itu menemui sesuatu yang amat memeranjatkan.
Madrasah itu dikesan sebagai markas penyebaran ajaran sesat yang diberi nama ‘Ajaran Juruzon’.
Pihak berkuasa juga mendapati bahawa pengasas madrasah itu adalah ketua ajaran sesat itu sendiri yang bernama Juruzon Bin Abd. Latif iaitu individu yang sama mengembangkan ajaran Juruzon di Wilayah Persekutuan.
Melalui tinjauan Mynewshub, pendedahan mengenai Madrasah Al-Taqwa menjadi pusat ajaran sesat itu telah didedahkan dalam khutbah pada Jumaat lalu dan disiarkan dalam laman rasmi JAIS di link berikut; http://goo.gl/Gczj7.
“Sidang Jumaat yang di rahmati Allah,
Terbongkarnya ajaran ini di Selangor ialah apabila berlakunya suatu peristiwa tanah runtuh yang melibatkan sebuah madrasah di Batu 14, Hulu Langat, Selangor yang telah mengorbankan seramai 16 orang pada 21 Mei 2011 tahun lalu. Setelah disiasat, pihak berkuasa mendapati bahawa pengasas ajaran adalah orang yang sama mengembangkan ajaran Juruzon di Wilayah Persekutuan. Beliau telah membina Madrasah At-Taqwa yang bernaung di bawah Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia dan berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan pada tahun 2002 sebagai tapak baru.
Menyingkap kisah bermulanya ajaran Juruzon, pengasas itu telah membina Madrasah Al-Taqwa dengan bernaung di bawah Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia dan berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan pada tahun 2002 sebagai tapak baru.
Ajaran Juruzon telah difatwakan sesat dan menyeleweng oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor dan diwartakan pada 23 Februari 2012 yang lalu.
Ajaran itu juga telah difatwakan sesat oleh Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan lebih awal lagi iaitu pada 5 September 1996.
Siasatan JAIS mendapati, antara ajaran yang disampaikan di madrasah itu adalah penerimaan ilmu yang bertentangan dengan hukum syarak dengan meyakini akan kehadiran ‘Guru Ghaib’ yang turun melalui badan Juruzon.
Selain itu, mereka mengamalkan amalan atau pegangan yang bersifat kepada salah laku seks yang melampau.
Juruzon juga mengugut ibubapa yang keluar daripada kumpulan ini dengan menghasut anak-anak mereka supaya membenci ibu bapa.
Pengasas itu akan menghalang dan memisahkan anak-anak daripada berjumpa dengan ibu bapa mereka sendiri.
Mereka yang mengambil keputusan untuk keluar daripada kumpulan dianggap pembelot dan pengkhianat agama. Juruzon juga mengancam kepada ahli kumpulan yang hendak keluar dengan ancaman yang menakutkan.
Jadi, pihak JAIS mahu umat Islam untuk sentiasa peka dan membuka mata dengan kejadian yang berlaku di madrasah itu serta dijadikan sebagai iktibar dan pengajaran agar tidak mudah tersesat.
bagus saudara menunjukkan bagaimana manusia yang mempunyai niat busuk dengan menggunakan anak yatim dan fakir miskin bagi mengaut dana duit untuk perut mereka dan ajaran sesat mereka.saya cadangkkan saudara meninjau rumah penyayang RAUDAH DI GOMBAK BATU 12 dimana pengasasnya mengaku wali ALLAH tetapi saya nampak dengan sahih mata pemberian AALAH yang beliau tak layak mengaku wali ALLAH,annak-anaknya juga termasuk bernama DATOK BISMI.MEMBELI DATOK DARI NANING.
ReplyDelete