Wednesday, 12 September 2012
GEMPARR !! HOSPITAL KERAJAAN ADA STAF KAKI PUKUL ?
NEW DELHI – Sebuah hospital di India mengupah sejumlah kaki pukul bagi mengelakkan kakitangannya daripada menjadi mangsa keganasan di tempat kerja.
Seorang kaki pukul berkenaan, Pradeep Kumar dan lebih 20 rakan sekerjanya bertugas mengawal wad kecemasan dan bersalin Hospital Deen Dayal Upadhyay (DDU) di sini.
Mereka akan memastikan saudara-mara dan rakan pesakit tidak memenuhi dan mengganggu ketenteraman di kedua-dua wad berkenaan.
“Orang ramai yang datang bersama pesakit yang mengalami trauma atau wanita mengandung mudah hilang sabar,” kata Pradeep.
“Sebab itu, kami hanya membenarkan seorang pelawat untuk seorang pesakit di wad kecemasan,” tambahnya.
Kumpulan kaki pukul itu melayan pelawat ke wad berkenaan dengan sopan tetapi wajah garang dan tubuh sasa mereka membuatkan orang ramai berfikir dua kali untuk tidak menghiraukan arahan lelaki-lelaki berkenaan.
“Mereka kelihatan ganas seperti watak dalam filem aksi,” kata seorang bapa, Pawan Desai semasa membawa anak perempuannya yang berusia empat tahun ke DDU bagi merawat luka pada tangannya.
Pekerja hospital di India berdepan risiko bahaya dengan beribu-ribu serangan berlaku pada setiap tahun.
Kebanyakan serangan itu ekoran rasa tidak puas hati saudara-mara dan rakan pesakit.
Pada April lalu, beberapa rakan seorang pesakit di wad kecemasan DDU menumbuk muka seorang doktor dan mematahkan hidungnya sebelum mengamuk dengan bersenjatakan beberapa kayu hoki.
Mereka menghayunkan senjata itu terhadap staf perubatan dan memecahkan sejumlah tingkap, lampu dan perabut hospital berkenaan. – Agensi
MTK
Nyaris nyaris ingat kat Malaysia tadi.. Kita patut bersyukur kat Malaysia tak ada pekara2 pelik macam ni..Kalau ada kan susah
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda