Tuesday, 14 August 2012
TUDIAA !!! PEROMPAK TERKEJUT BANK MUSNAH GARA GARA BOM
Tindakan sekumpulan perompak mahu melarikan wang dalam sebuah mesin pengeluaran automatik (ATM) di sebuah bank menggunakan bahan letupan bukan saja gagal, malah turut memusnahkan hampir keseluruhan bank, menyebabkan perompak terbabit panik dan terus melarikan diri.
Kejadian berlaku kira-kira 3.20 pagi di Bank Rakyat cawangan Masjid Tanah yang terletak di bangunan rumah kedai dua tingkat dekat Taman Bandar Baru, Masjid Tanah, di sini awal pagi semalam.
Ia menyebabkan kawasan sekitar bergegar kuat sehingga mengejutkan sebahagian penduduk taman perumahan berhampiran.
Ketika kejadian, kesemua kedai dalam barisan rumah kedai berkenaan sudah tutup.
Letupan itu memusnahkan hampir keseluruhan bahagian bawah bank, selain siling tingkat atas yang menempatkan bahagian pengurusan juga runtuh, serta berlaku retakan pada dinding.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, perompak terbabit disyaki menyasarkan dua mesin ATM dan satu mesin deposit wang (CDM).
Menurutnya, letupan kuat itu menyebabkan perompak terbabit panik, lalu melarikan diri dengan menaiki motosikal di luar bank.
"Polis menerima panggilan daripada orang awam kira-kira 3.40 pagi. Setiba di lokasi, kita dapati banyak struktur bangunan roboh dan tercampak keluar sehingga ke seberang jalan, termasuk tempat pemegang pintu masuk bank,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian, semalam.
Umar Ali berkata, setakat ini, polis masih menyiasat kejadian termasuk maklumat orang awam yang mendakwa terlihat dua lelaki menaiki motosikal jenis Yamaha 125Z meninggalkan bank sebaik saja letupan berlaku.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 457/511 atas kesalahan cubaan pecah masuk bangunan, selain Seksyen 436 atas kesalahan memusnahkan bangunan menggunakan bahan letupan dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan,” katanya.
Sementara itu, sepasukan anggota Unit Forensik Negeri dan Unit Pengesan Bom bergegas ke tempat kejadian, semalam untuk membuat siasatan.SINAR
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda