Friday, 3 August 2012
TUDIAA !!! HARGA TIKET KEDAH KE KL NAIK RM4 ?? APA @McTheoryCroniez BUAT ?? HEHE
ALOR SETAR - Harga tiket bas ekspres di Terminal Bas Shahab Perdana akan naik sehingga RM4 selepas Hari Raya Aidilfitri nanti kerana menggunakan bas tambahan.
Tinjauan Sinar Harian mendapat kenaikan harga berkenaan disebabkan permintaan yang tinggi di kalangan penumpang di mana syarikat bas terpaksa menggunakan bas tambahan terutamanya selepas hari raya.
Kerani tiket, Rafidah Samad, 48, berkata, kebiasaannya berlaku apabila pertambahan bilangan bas sepanjang musim perayaan terpaksa dilakukan kerana permintaan pelanggan yang terlalu tinggi.
Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan harga tiket terpaksa dinaikkan kerana pengusaha terpaksa menyewa bas tambahan.
“Selalunya, harga tiket bas untuk Pantai Timur adalah sekitar RM37 tetapi selepas ini akan dinaikkan kepada RM41.
"Kenaikan ini adalah seperti kebiasaan pada tahun-tahun sebelum ini dan perayaan besar,” katanya.
Sementara itu, pembeli tiket bas, Mastura Mohd Rodzi, 22, memilih pulang ke Puchong, selangor lebih awal untuk mengelak kesesakan lalu lintas dan kenaikan harga tiket yang terlalu mahal.
Beliau berkata, tindakannya untuk pulang lebih awal adalah langkah bijak berbanding pulang di saat akhir.
“Harga tiket bas ialah RM43.10 untuk perjalanan dari Alor Setar ke Puchong,” katanya.
Mastura berkata, harga tiket yang ditawarkan sehingga hari ini masih bersesuaian dan murah.
“Sudah menjadi amalan mereka (pengusaha bas) untuk menaikkan harga tiket di musim perayaan. Namun, kenaikan harga tiket harus dipantau oleh pihak berkuasa agar pengusaha bas tid
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda