Monday, 13 August 2012

PANASS !!! INILAH SIKAP SEBENAR PENYOKONG PAS YANG SUKA MENUNJUK NUNJUK !!!



Tindakan ahli parti PAS yang mengadakan solat di kaki lima Precint 15, menyebabkan beberapa penduduk tampil meluahkan rasa kekesalan mereka akibat tindakan PAS yang dilihat mahu menunjuk-nunjuk kepada masyarakat sekitar Putrajaya.

Seorang penduduk yang ditemui kru Putrajaya-Online Rashid Manaf 36, mempersoalkan tindakan ahli PAS yang bersolat di kali lima sedangkan terdapat banyak surau serta masjid-masjid di sekitar Putrajaya.

"Solat secara berjemaah memang sesuatu yang dituntut oleh agama, namun tindakan PAS bersolat di hadapan premis perniagaan di Precint 15 ini sebenarnya telah menganggu urusan penduduk, kerana khemah yang dibina telah menghalang laluan pejalan-pejalan kaki"

"Adakah Majlis Perbadanan Putrajaya membenarkan mereka membina khemah di laluan tersebut, kerana tindakan itu sebenarnya menghalang laluan pejalan kaki, malah setahu saya markas mereka (PAS) di tingkat dua terdapat ruang yang luas untuk mengerjakan solat" katanya.




Suria 22 tahun, pekerja kedai serbaneka dalam reaksinya berkata "kenapa mereka solat di kaki lima, setahu saya banyak surau dan masjid yang ada di Putrajaya. Malah jarak dari sini tidak sampai 5 minit perjalananan, perbuatan mereka ini seolah-olah mahu menunjuk-nunjuk, sedangkan dalam Islam kita tidak digalakkan riak dengan setiap ibadah yang kita lakukan".

Precint 15, Putrajaya yang menempatkan beberapa premis perniagaan serta pejabat-pejabat syarikat swasta itu merupakan lokasi tumpuan warga sekitar Putrajaya setiap kali cuti hujung minggu kerana di kawasan tersebut terdapat premis seperti Mydin, Domino's Pizza serta beberapa restoran lain.

Pemerhatian kru Putrajaya-Online mendapati markas PAS di tingkat 2 terdapat ruang yang cukup luas mengadakan solat secara berjemaah manakala terdapat sebuah surau lain berdekatan markas mereka, iaitu Surau Ar-Rahman yang terletak di Precint 16 yang mana hanya memakan masa 5 minit perjalanan. - editor/PjO

SUMBER PUTRAJAYA ONLINE

1 comment:

  1. Bukan nak menunjuk2.. tapi nk menyindir puak2 UMNO yg gila shopping.. heheheh

    ReplyDelete

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda