Thursday, 16 August 2012

PANASS !!! ANWAR IBRAHIM PEMIMPIN UTAMA FREEMANSON ??




Sebenarnya, saya tidak terkejut dengan pertanyaan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali kepada Anwar Ibrahim mengenai hubung kait dirinya dengan pergerakan organisasi Yahudi antarabangsa, Freemason.

Ini bukanlah pertama kali Anwar dikaitkan dengan pergerakan rahsia golongan Yahudi “elite” ini memandangkan begitu banyak dakwaan yang sama sepertinya diajukan kepada Ketua Pembangkang itu sebelum ini.

Jika mahu dikatakan bahawa tuduhan yang mengaitkan Anwar dengan Freemason itu sekadar gosip liar, segala bukti dan kaitan yang melibatkan “papa Nurul Izzah” itu jelas menunjukkan bahawa dakwaan-dakwaan tersebut mempunyai asas yang agak kukuh.





Namun sebagaimana maklum, Anwar belum pernah “buka mulut” mengenai dakwaan-dakwaan itu dan sebagaimana kebiasaannya, dia tidak pernah pula mengakui kebenaran di sebalik tuduhan tersebut.

Dan kali ini, jelas sekali nama “W.Bro. Anwar Ibrahim” tertera di dalam sebuah laman web organisasi Yahudi itu, Civil Service Lodge No. 148.

Agak menarik apabila Ibrahim Ali seolah-olah mempermainkan Anwar dan menuntut jawapan dari suami Wan Azizah itu dengan menyatakan mungkin nama Anwar di situ merupakan satu kebetulan atau “pelanduk dua serupa”.

Namun saya pasti bahawa nama Anwar yang tertera sebagai “Former Deputy Prime Minister Of Malaysia” yang menyokong perjanjian damai Israel – Palestin yang jelas berat sebelah dan menyebelahi Yahudi laknatullah itu bukan satu kebetulan…

Berbalik kepada nama Anwar Ibrahim di laman web Freemason yang dipercayai berpengkalan di Canada itu, saya yakin bahawa Anwar memandang remeh dengan tuduhan tersebut memandangkan begitu ramai yang kebetulan mempunyai nama yang serupa dengannya.

Mungkin dia tidak akan malu untuk menyatakan bahawa “sounds like me, looks like me, but he is not me!”.

Untuk mengharapkan Anwar mengaku bahawa dia merupakan salah seorang pemimpin utama Freemason di Asia Tenggara, saya fikir ia adalah tindakan sia-sia bagaikan menunggu “kucing bertanduk”.

Selama ini, antara pertikaian yang diajukan mengenai hubung kait Anwar dengan gerakan Freemason ialah lambang Parti Keadilan Rakyat yang dilihat bagaikan “the eye”, yang begitu sinonim dengan pergerakan Yahudi tersebut.

Begitu juga dengan dakwaan bahawa Anwar mempunyai hubungan yang bagaikan “adik beradik” dengan para pemimpin Yahudi dan Neo-Con antarabangsa seperti Paul Woltfowitz, George Soros, Joe Santos dan sebagainya.

Malah pada satu masa, dikatakan Anwar pernah mengadakan satu “apology tour” mengelilingi dunia dan memohon maaf kepada rakan-rakan Yahudinya atas ketelanjuran mulut Ketua Pembangkang yang ketika itu kononnya “menghentam” kepentingan Yahudi.

Dikatakan juga bahawa Anwar di dalam “lawatan memohon maaf” itu memberi alasan bahawa dia terpaksa berlakon menghentam Yahudi dan kepentingan rakannya itu bagi memenangi hati umat Islam di rantau Asia Tenggara.

Kononnya, Anwar mungkin menggunakan alasan “tahaluf siyasi” di dalam isu tersebut…

Persoalannya, apakah benar Anwar Ibrahim itu benar-benar merupakan seorang pemimpin Freemason dan jika tidak benar, mengapa pula pihak Yahudi benar-benar memberi perhatian serta menyokongnya?

Orang lain pun buat salah di Malaysia, namun mereka tidak menarik minat Yahudi. Namun berbeza dengan Anwar, para pemimpin Yahudi begitu berminat untuk mengulas dan campur tangan dalam hal ehwal urusan dalaman di negara berdaulat ini.

Lebih hebat lagi, setelah Anwar “tumbang” dan “hampir mampus” karier politik kerana kesalahannya sendiri, siapakah yang “mengutip” Anwar serta memberikan sokongan moral atau kewangan kepadanya sehingga dia mampu bangkit buat kacau di Malaysia?

Siapa yang menyediakan dana kepada gerakan-gerakan politik Anwar di Malaysia dan bagaimana pula dengan audit di Amerika Syarikat yang mempertikaikan tindakan Anwar yang dikatakan melarikan sejumlah wang kerajaan di negara itu melalui “Foundation For The Future”?

Dan hingga kini, Anwar masih lagi “selamat” dan “bebas”, malah memiliki kekayaan luar biasa meskipun dia hanyalah seorang bekas banduan yang mengaku “tidak berharta” sebelum dipenjarakan dulu.

Saya tidak fikir Anwar akan menjawab segala persoalan tersebut dan sebagaimana biasa, dia hanya akan menyalahkan UMNO serta kemudiannya menyatakan bahawa semua dakwaan tersebut adalah konspirasi “jijik” kerajaan BN.

Apa yang dia tidak beritahu dan sembunyikan dari rakyat ialah dialah yang “jijik” tidak bermaruah serta terkenal dengan skandal-skandal tidak bermoral, bukan? Jangan haraplah Anwar akan mengaku…

SUMBER MYKMU

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda