Monday, 13 August 2012
GEMPARR !!! MAHFUZ OMAR MENGIDAP PENYAKIT CACAT OTAK KEKAL ??!!
Mujurlah kita di bulan Ramadhan dan jika tidak mengenangkan erti menghormati bulan yang penuh barakah ini, sudah tentu saya tidak dapat menahan sabar untuk menyerang dan melemparkan kata-kata kurang manis kepada Mahfuz Omar.
Saya sedar Mahfuz boleh dikategorikan sebagai “orang kurang upaya” di mana mungkin otaknya “cacat” dan tidak dapat berfikir sebagaimana manusia waras yang lain ekoran tahap IQnya yang terletak di bawah garis kebodohan melampau!
Baru-baru ini Mahfuz menyerang mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, kononnya negarawan ulung itu “mudah lupa, tidak ketentuan dan tidak stabil lagi” katanya.
Malah katanya, pengumuman Malaysia sebagai sebuah negara Islam adalah satu kenyataan yang paling “menggelikan hati dan tahap kebudak-budakan” dan menyifatkannya sebagai “boleh dengar tapi jangan percaya”!
Mahfuz menyerang Tun M kerana baru-baru ini negarawan yang paling banyak berjasa kepada rakyat dan negara ini itu menyatakan bahawa UMNO merupakan satu-satunya parti yang boleh menyatupadukan orang Melayu.
Hujah yang Mahfuz berikan ialah Tun M sebelum ini keluar dan menyerang UMNO dengan menyatakan bahawa parti itu bagaikan sudah busuk hingga ke usus(rotten to the core) dan kononnya “sudah menjadi najis”.
Rasanya, kalau dibuat satu kaji selidik untuk membezakan tahap pemikiran di antara Tun M dan Mahfuz, apakah keputusan yang akan dicapai? Mahfuz lebih hebat dari Tun M? Atau Tun M jauh lebih hebat secara keseluruhannya berbanding Mahfuz?
Rasanya, kalau kaji selidik itu diberikan kepada rakyat Malaysia, mungkin Mahfuz tak sanggup lagi tinggal di negara ini dan lari membawa diri ke luar negara tidak pulang-pulang lagi kerana malunya bukan kepalang!
Saya ingin bertanyakan Mahfuz, negara manakah di dalam dunia ini yang mampu menafikan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam? Dan jika benar negara ini bukan negara Islam, siapakah Ketua Tertinggi Agama Islam di negara ini dan apakah yang termaktub di dalam perlembagaan?
Memang Malaysia sebuah negara Islam, yang Mahfuz nak sakit hati sangat itu kenapa? Setahu saya, hanya puak-puak DAP saja yang tak mahu negara ini diisytiharkan sebagai sebuah negara Islam! Dan “penyakit” itu kini terjangkit kepada Mahfuz pula?
Mungkin Mahfuz malu apabila UMNO menjadi parti yang bertanggungjawab mengisytiharkan negara ini sebagai sebuah “Daulah Islamiyyah”. Jika Mahfuz persoalkan mengenai perlaksanaan dasar dan muamalah siyasinya, apakah Kota Bharu itu layak diisytiharkan sebagai “Bandaraya Islam”?
Sebagaimana maklum, sebelum ini heboh didedahkan mengenai keadaan “Bandaraya Islam” itu yang mana kegiatan pelacuran, pondan, judi, maksiat dan sebagainya begitu mudah untuk diperoleh di bandaraya tersebut.
Kalau Malaysia tidak layak diisytiharkan sebagai sebuah negara Islam, apakah Nik Aziz tidak malu untuk mengisytiharkan Kota Bharu sebaga “Bandaraya Islam”? Bandaraya Islam jenis apa kalau dipenuhi dengan “najis” PAS..???
Saya yakin, selemah-lemah pemikiran Tun M pun, pemikiran Mahfuz jauh lebih rendah dan dungu berbanding negarawan itu. Misalnya, Mahfuz tidak puas hati dengan masalah pusat pembuangan sampah di Parlimennya dan mahu ia ditutup serta dipindahkan ke tempat lain.
Tapi, meskipun PAS sudah “bermaharajalela” di Kedah selamah lebih 4 tahun, Mahfuz tetap gagal melaksanakan janjinya untuk menutup pusat pembuangan sampah di Jabi itu. Sampah di parlimen sendiri pun dia tak boleh selesaikan dengan Azizan Razak, apatah lagi hal-hal negara?!
Ya, memang dulu diakui UMNO agak “kotor” dan Tun M menyifatkannya sebagai “busuk hingga ke usus”. Tapi, saya ingin bertanya kepada Mahfuz, pernahkah dia dengar dan tahu tentang erti “transformasi” dan “perubahan” ke arah yang lebih baik?
Dan itulah yang sedang dilakukan oleh Datuk Seri Najib. Transformasi ke arah sebuah negara Malaysia yang lebih baik, maju, bertamadun dan bersih! Sebab itulah Tun M sokong dan masuk balik dalam UMNO dan majoriti rakyat menyokong kuat gagasan Najib! Itu pun Mahfuz tak boleh fikir?
Apakah dia fikir UMNO akan terus membiarkan partinya jadi “busuk” sedangkan parti itu sedar ia boleh dirawat, dibersihkan, diwangikan dengan pelbagai haruman yang lebih semerbak harumnya dengan cara yang lebih realistik dan diterima baik segenap masyarakat?
UMNO tidak sebodoh PAS yang sanggup bersekutu dengan “syaitan”, mengkeldaikan diri dan membiarkan dasar serta para pemimpin partinya “diliwat” oleh PKR dan DAP! PAS kini dan PAS dulu tidak serupa sudah. PAS kini tak kisah kalau Islam diludah DAP…kan?
Sepatutnya, Mahfuz tujukan kata-katanya itu kepada Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat, yang masih lagi belum sedar-sedarkan diri. Sudah tua, uzur dan tak layak memimpin pun, “Nabi PAS” itu mahu terus menongkat langit dengan jawatannya. Mungkin dia nak bawa jawatan MB ke kubur, kot?
SUMBER
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda