Friday, 20 July 2012
TUDIAA !!! MATI SEWAKTU LEKA BERMAIN ??
Taiwan – Nyawa seorang remaja berusia 18 tahun melayang gara-gara bermain video game selama 40 jam tanpa makan dan minum sepanjang tempoh berkenaan.
Mayatnya ditemui oleh seorang pekerja di siber kafe berkenaan pada 15 Julai lalu.
Pekerja terbabit menemui remaja tersebut sedang duduk di kerusi di dalam kafe tersebut dan apabila dia mengejutkan remaja berkenaan, remaja itu rebah.
Mangsa disahkan meninggal dunia sebaik sampai di hospital.
Polis masih menyiasat punca kematian dan bedah siasat akan dijalankan ke atas mayatnya.
Bagaimanapun punca kematian dipercayai akibat sakit jantung selepas duduk selama berjam-jam dalam posisi yang sama.
Remaja itu meninggal dunia ketika sedang bermain permainan video game terbaru dan ini merupakan kematian kedua dilaporkan pada tahun ini melibatkan video game.
Februari lalu, seorang lelaki di New Taipei ditemui mati di atas kerusi dengan badanya menghadap komputer manakala tangannya pula masih memegang papan kekunci komputer.
Dia dipercayai telah bermain video game selama 23 jam dan punca kematian akibat serangan jantung.
**Gambar di atas adalah untuk kejadian mati akibat bermain game selama 23 jam (pada Februari lau), gambar untuk remaja yang mati selepas bermain 40 jam belum ada ketika berita ini dimuat naik.
SUMBER
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda