Friday, 13 July 2012

TUDIAA !!! KUNING GAGAL, HIJAU GAGAL KALI NI OREN PULAK ???



Pas yang kemaruk undi rakyat terpaksa membuat pelbagai program untuk meyakinkan bahawa parti itu masih relevan untuk memerintah.. Selepas himpunan Bersih(kuning)yang gagal untuk mempengaruhi rakyat, mereka beralih kepada Himpunan Hijau..

Tujuannya hanyalah untuk menuju ke Putrajaya, tapi pengikut pengikut Pas yang begitu taksub dengan pemimpin mereka terlupa bahawa perjalanan ke Putrajaya memang sukar untuk pas tempuhi..Ini diakui sendiri oleh pemimpin Pas..

Niat mereka untuk jelajah seluruh Malaysia adalah untuk mengumpul dana PRU sahaja..Selagi bajet mereka tidak mencukupi selagi itulah mereka akan melakukan apa saja untuk mengumpul wang..Kini setelah himpunan hijau menutup tirai, keluarlah pulak himpunan versi oren pula..Dah makin mereng parti Pas ni..


Himpunan oren diwujudkan untuk menyelamatkan FELDA, namun tiada bukti kukuh yang Pas kemukakan bahawa FELDA akan muflis..Mazlan Aliman pula hanya bermain persepsi negatif jika FELDA disenaraikan di papan utama bursa saham contohnya FELDA akan bankrap, tanah peneroka akan hilang, peneroka akan tanggung kerugian jika saham FELDA jatuh..

Tujuan mereka hanyalah untuk meraih sokongan warga felda kepada pakatan rakyat dimana majoriti warga felda adalah penyokong setia Kerajaan..Segala kebaikkan kerajaan lakukan untuk membela nasib mereka diterima baik oleh warga felda..Malah dengan pengumuman durian runtuh baru baru ini oleh YAB Dato Sri Najib Tun Abdul Razak disambut dengan penuh kesyukuran..Setiap isi rumah dapat menikmati durian runtuh tersebut.

Jadi MTK boleh nyatakan disini bahawa Himpunan Oren adalah bukti kegagalan Pas dalam menguruskan himpunan himpunan sebelum ini..Tiada gunanya pas adakan berpuluh puluh himpunan, kerana setiap kali himpunan mesti disambut dengan kegagalan.Malah Wang ringgit rakyat jadi taruhan semata mata untuk memenuhi tabung PRU Pas..

1 comment:

  1. Jangan percaya dengan PAS yang bengong lagi bangang!!1

    ReplyDelete

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda