Friday, 27 July 2012
PKR Cuba Cetus Pemberontakan Negara Islam Terhadap Arab Saudi
Di kala dunia mula membuka mata dan mengutuk keganasan rejim Zionis, tidak semena-mena ada pihak yang cuba mengalih perhatian dengan membangkitkan persoalan terhadap kerajaan Islam, yakni, Arab Saudi. Pihak yang diperkatakan di sini pula, bukanlah pihak barat, tetapi seorang penulis pro-PKR, sekali gus menguatkan lagi persepsi rakyat bahawa PKR adalah agen Zionis di Asia Tenggara.
Penulis tersebut adalah tidak lain dan tidak bukan, ialah Hishamuddin Rais. Di dalam KeAdilandaily, Hishamuddin telah menulis sebuah artikel bertajuk ‘Arab Saudi dan Zionis Israel’ di mana beliau menghina warga Saudi dengan menyatakan yang mereka berkelakuan lucah dan ganas terhadap warga asing termasuk merogol dan memukul pekerja wanita dari Filipina dan Indonesia.
Antara petikan lain tulisan beliau:
“Untuk saya negara yang bernama Arab Saudi adalah ‘scam’ yang paling besar yang menimpa penganut agama Islam di seluruh dunia.
Sejarah merakamkan bahawa Arab Saudi ini dilahirkan dari perancangan kuasa imperial Anglo-Saxon sesudah perang dunia pertama. Semenanjung Arab ini seperti Negara Telok dipimpin oleh pelbagai ketua suku dan kabilah. Perbalahan dan perperangan antara suku dan kabilah sering berlaku. Maka di sinilah munculnya T.E Lawrence seorang ejen dari Britain yang merancang untuk menjatuhkan kuasa imperial Ottoman yang berpusat di Istanbul.”
Dengan memberi sokongan kepada kabilah Abdul Aziz al- Saud, kekuatan kerajaan Ottoman di sebelah Selatan – Jordan, Palestin, Syria dan Iraq – menjadi lemah. Pada 29 Oktober 1923 Turki menjadi republik. Scara rasminya kuasa kerajaan Khalifah Ottoman dihapuskan pada 3 March 1924. Akhirnya pada tahun 1932 lahirlah apa yang hari ini dikenali sebagai Kingdom of Saudi Arabia. T.E Lawrence seorang ejen British yang juga seorang homoseksaul telah memainkan peranan yang amat penting untuk mewujudkan Arab Saudi.
Soalnya, kenapakah atau apakah agenda Hishamudin Rais atau PKR untuk menghina dan memperkecilkan kerajaan dan warga Saudi sebegitu rupa? Apakah PKR ingin membangkitkan perasaan curiga, syak wasangka, prejudis dan benci terhadap kerajaan Arab Saudi di kalangan umat Islam?
Apakah beliau ingin melihat Arab Saudi yang berkocak dan kacau bilau? Apakah beliau ingin mencetuskan pemberontakan besar-besaran di kalangan negara Islam terhadap kerajaan Saudi?
Negara moden Saudi terbentuk pada tahun 1932. Sejarah yang membawa kepada pembentukan ini menyaksikan penaklukan Nejd dan Hejaz oleh Abdul Aziz bin Saud pada tahun 1902, revolusi yang gagal pada tahun 1916, serta pembunuhan beramai-ramai askar badwi wahabbi pada tahun 1930 di Sabilla setelah mereka tidak bersetuju dengan Raja Abdul Aziz yang enggan berperang dan menakluk Jordan, Iraq dan Kuwait.
Semenjak itu, politik Saudi kerap bergolak berikutan krisis dalaman antara kerabat diRaja, tentera dan puak pelampau Islam.
Namun, adalah merupakan satu rahmat bagi Umat Islam di seluruh dunia bahawa kerajaan Arab Saudi berjaya mengekalkan keamanan dan meningkatkan kemajuan negaranya bagi membolehan tanah suci Mekah dikunjungi oleh jutaan umat setiap tahun dengan selesa dan tanpa merasa terancam.
Mengungkit sejarah lama semata-mata untuk memburukkan kerajaan Saudi adalah kerja gila kalau tidak pun jahat apatah lagi jika dilakukan oleh warganegara lain, bukan Saudi sendiri.
Kerana itu, rasanya tidak salah jika kita mengesyaki Hishamuddin Rais dan PKR sedang membawa agenda Zionis untuk mencetuskan perasaan benci terhadap negara ‘tauke minyak’ dan bertanggungjawab terhadap rumah Allah.
Ini mungkin juga usaha terdesak Hishamuddin untuk mengembalikan imej Anwar Ibrahim sebagai pejuang Islam dan bukan agen Zionis dengan mengaitkan kerajaan Arab Saudi dengan Zionis. Malangnya, apa yang dilakukannya iaitu dengan menghentam negara Arab Saudi sebagai satu ‘penipuan’ adalah keterlaluan.
Atau mungkin juga beliau sengaja ingin mencetuskan ketegangan dalam hubungan dua-hala Malaysia-Saudi. Jika ini niatnya, maka beliau tentunya yakin yang PKR tidak mungkin akan menjadi kerajaan dan kerana itu beliau tidak perlu menjaga hubungan diplomasi antara negara-negara luar.
Apapun, Anwar Ibrahim perlu menjelaskan banyak perkara kepada masyarakat Islam di dunia khasnya kerajaan dan warga Arab Saudi tentang apa yang cuba disampaikan oleh ‘baruanya’, Hishamuddin Rais. Artikel tersebut tidak wajar dikatakan pandangan peribadi Hishamuddin kerana ianya dicetak dan diedar di dalam lidah rasmi PKR.
Lebih-lebih lagi apabila penglibatan PKR dengan Zionisme dapat dikesan melalui hubungan rapat Anwar Ibrahim dengan tokoh-tokoh Zionisme. Kes ‘apology tour’ yang menyaksikan Anwar terpaksa melutut kepada semua tokoh-tokoh Zionis apabila ‘tersasul’ mengkritik pencerobohan mereka ke atas Palestin, telah membuka mata ramai orang.
Kita sudah sedia maklum mengenai strategi Zionis menakluk dunia, iaitu dengan cara ‘pecah dan perintah’. Rakyat sesebuah negara dipecahkan mengikut suku, kaum, bangsa dan agama dengan menggerakkan agen-agen mereka agar menghasut, melempar fitnah dan akhirnya memberontak terhadap kerajaan.
Sekian lama, Zionis berjaya meletakkan pemimpin boneka mereka di beberapa negara melalui strategi ini. Negara-negara yang disasarkan selalunya adalah negara di mana mereka mempunyai kepentingan sama ada berkaitan sumber alam seperti minyak, ataupun logistik dari segi ruang udara dan laut untuk kepentingan perdagangan mereka.
Selain itu, negara yang tidak mempunyai kelebihan sumber alam atau logistik juga tidak terkecuali dari ancaman Zionis kerana sememangnya Zionis mensasarkan supaya semua negara di dunia menjadi lemah agar terpaksa mengikut telunjuk mereka.
Ini bukanlah paranoia atau imaginasi yang terlalu tinggi tetapi fakta yang telah pun didedahkan oleh beberapa bekas agen CIA sendiri.
Justeru, dengan tulisan Hishamuddin Rais tersebut, nampak seolah-olah PKR bukan sahaja dipertanggungjawabkan oleh Zionis untuk memecahbelahkan masyarakat Malaysia tetapi juga masyarakat Islam di dunia dengan membangkitkan perasaan benci terhadap negara yang merupakan ‘kiblat’ umat Islam.
Apa yang penting, kita tidak boleh membiarkan agen-agen Zionis seperti PKR mengotorkan Tanah Suci dengan membangkitkan huru-hara di sana pula. Keamanan di Tanah Suci perlu dijaga dengan apa jua kos dan kita percaya, itulah yang dipegang oleh Kerajaan Arab Saudi bagi memungkinkan umat Islam menunaikan ibadah haji setiap tahun.
Satu soalan yang bermain di fikiran ialah, apa komen PAS? Apakah PAS juga ingin melihat Tanah Suci menjadi Dataran Tahrir yang diimpikan sekian lama?
BERUANG BIRU
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda