Monday, 9 July 2012

PANASS !!! TUHAN YESUS MENGRAHMATI ANWAR SERTA KELUARGA ?!!



Siapa kata Anwar kutty ni perjuangkan Islam ?? Anwar ni hanya pandai berlakon saja, dia ni lebih kurang macam sesumpah bila dengan orang Islam maka bertukarlah wajah menjadi tok sheikh yang sangat sangat warak.Boleh dikatakan dialah manusia paling Islam dari umat Islam yang lain.

Tapi bila dia bersama orang India pulak maka berubahlah ciri ciri dalam dirinya menjadi orang India, dan yang paling tak tahannya dia pula lebih lebih dari orang India..




Tapi bila dengan orang kristian anwar berubah wajah sekali lagi, disebabkan kemaruk undi rakyat Sabah dan Sarawak Anwar sangup gadai akidah dengan menyokong penggunaan kalimah Allah dalam semua agama di Malaysia..Malah dalam satu sedutan video anwar mengakui kalimah Allah adalah hak kristian




Kali ini disebabka ingin membalas jasa baik Anwar yang telah memberikan kebenaran untuk orang kristian mengunakkan kalimah Allah, maka mereka sebulat suara memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada Anwar serta tuhan mereka merahmati anwar serta keluarganya..




Kepada,

YBHG DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
Bakal Perdana Menteri Malaysia

Salinan Kepada;

Pastor Datuk Dr. Jeffery Kitingan
Pejabat Parti KeADILan Rakyat
Kota Kinabalu, Sabah.

YBHG DATUK SERI,

SOKONGAN YANG TIDAK BERBELAH BAHAGI KEPADA PERJUANGAN PARTI KEADILAN RAKYAT

Datuk Seri, Pertubuhan Gereja Seluruh Sabah (PGSS) telah mengadakan mesyuarat pada 10 Ogos 2008 yang turut dihadiri oleh Pastor Datuk Dr. Jeffery Kitingan dan mengambil keputusan sebulat suara menyokong kepimpinan Datuk Seri dalam Pakatan Rakyat.

02. Kami juga berpendapat Datuk Seri memang layak sebagai Perdana Menteri Malaysia kerana sikap Datuk Seri yang liberal dan memberi kebebasan kepada masyarakat Malaysia mengamalkan semua agama. Datuk Seri juga amat berdedikasi apabila menyokong penggunaan kalimah Allah dalam semua agama di Malaysia. Sesungguhnya Tuhan Yesus Merahmati Datuk Seri dan keluarga.

03. Akhir sekali sebagai makluman Datuk Seri, kami akan menghantar 17 orang ajk pertubuhan ini yang akan diketuai oleh Pastor Datuk Dr. Jeffery Kitingan ke Permatang Pauh untuk membantu Datuk Seri dalam kempen pilihan raya nanti.

04. Semoga Datuk Seri akan sentiasa sihat sejahtera.

Shalom.
T.T.
(PASTOR SILVERSTER KHEMO ANDAMAN)
Presiden PGSS.

Sumber

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda