Thursday, 26 July 2012
PANASS !!! MAHFUZ MASIH TAK SEDAR DIRINYA MEMBAWA BALA DALAM ORGANISASI PAS ?
Kisah Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar, yang suka berkata-kata tanpa menggunakan akal fikiran yang waras sememangnya telah diketahui ramai. Meskipun begitu, dia tidak pernah sedar tentang kecacatan dirinya itu dan terus-menerus melontarkan kebodohannya untuk diketawakan rakyat.
Terbaru, Mahfuz mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak “not in control”. Terkejut juga mendengar Mahfuz bercakap menggunakan bahasa Inggeris! Mungkin dia ambil kursus intensif bahasa Inggeris baru-baru ini? Itu pun “rojak”!
Mahfuz menuduh kononnya Najib tidak mampu membuat keputusan sendiri dan dibayangi oleh dua tokoh yang kononnya lebih superior iaitu mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad dan Tan Sri Muhyiddin Yasin.
Dia membayangkan bahawa Tun Dr. Mahathir masih lagi berkuasa sebagai Perdana Menteri dengan alasan kononnya kroni-kroni negarawan itu dikurniakan projek-projek mewah.
Selain itu, Mahfuz menyatakan bahawa kononnya Muhyiddin mahu PRU ke-13 berlangsung pada tahun ini dan bertentangan dengan kehendak Najib yang dikatakan mahu mengadakan PRU ke-13 pada tahun depan.
Begitulah Mahfuz dengan “otak udang”nya. Dia tidak sedar bahawa dia sedang berjaya dicelarukan oleh kebijaksanaan Najib!
Mahfuz cuba memcetus persepsi dengan melaga-lagakan Najib dengan Tun Dr. Mahathir dan Muhyiddin sedangkan dia sendiri tidak tahu apa yang dikatakan itu sama ada benar atau tidak. Ia sekadar persepsi bodoh orang yang tidak lulus SRP…
Benarkah kroni-kroni mantan Perdana Menteri itu dikurniakan projek-projek mewah? San Miguel? Exxon Mobil? Petron Malaysia? Cuba dikaitkan dengan Mokhzani?
Rasanya Mahfuz boleh upah mana-mana pencacainya untuk melawat website-website syarikat yang dikatakan milik Mokhzani itu dan lihat sendiri sama ada nama anak mantan Perdana Menteri itu tersenarai sebagai salah seorang board of director atau tidak.
Selanjutnya, Mahfuz boleh upah “private investigator” untuk merisik sama ada Mokhzani memiliki syarikat-syarikat tersebut atau Mahfuz sendiri yang hanya dengar cakap-cakap kedai kopi yang tidak tahu hujung pangkalnya.
Peliknya, tak malu betul seorang Naib Presiden parti yang kononnya berjuang atas nama Islam suka menabur fitnah di bulan Ramadhan ini…kan?
Berkaitan tuduhan Mahfuz mengenai kenyataan Muhyiddin yang kononnya bertentangan dengan kenyataan Najib, rasanya Naib Presiden PAS itu tidak punya akal seorang lelaki mumayyiz untuk berfikir.
Siapa Perdana Menteri? Najib atau Muhyiddin? Sudah tentulah Najib! Dari itu, sudah tentulah tarikh PRU ke-13 terletak ditangan Najib! Biar siapa pun yang umumkan tarikh PRU ke-13 selain Perdana Menteri, maka bolehkah individu itu membubarkan parlimen?
Pada pandangan saya, lebih teruk Mahfuz mendesak mahu Najib mengumumkan tarikh PRU ke-13, makin teruklah juga dia dipermainkan oleh Perdana Menteri dan Timbalannya itu.
Kalau lebih teruk Mahfuz dipermainkan oleh kedua pemimpin utama negara itu, saya risau juga jika rakyat di Pokok Sena akan kehilangan Ahli Parlimen mereka akibat tekanan mental dan kecelaruan pemikiran tahap 12!
Justeru itu, saya merayu kepada Mahfuz untuk mengambil inisiatif bertemu dengan pakar jiwa untuk menenangkan tekanan dalam “kepala otak”nya.
PAS juga perlu mengambil peranan untuk melaksanakan dasar “tutup mulur Mahfuz” segera. Bukan apa, lebih banyak Mahfuz bercakap, makin teruk dia tunjukkan kebodohan dirinya dan PAS. Mahfuz tidak sedar dirinya adalah liabiliti utama untuk PAS!
Sumber: Mykmu.net
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda