Monday, 16 July 2012

PANASS !!! KERAJAAN PAS KEDAH TOLONG SIASAT DAKWAAN INI !!!



ALOR SETAR 16 Julai - Kerajaan negeri Kedah diminta segera mengambil tindakan berhubung dakwaan pusat hiburan tumbuh macam cendawan lepas hujan di negeri ini terutama di bandar raya ini yang telah menimbulkan kebimbangan orang ramai.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata banyak blog dan laman sosial Facebook yang menyiarkan tentang pusat-pusat hiburan itu dan itu jelas menunjukkan masyarakat tidak suka dengan kewujudan pusat hiburan itu.

Kerajaan negeri perlu menyiasat sama ada pusat hiburan itu berlesen atau tidak dan mengambil tindakan sewajarnya, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah di sini.

"Sebagai kerajaan (negeri), perlu ambil tindakan sebab rakyat dah mula bimbang dengan situasi pusat hiburan di Alor Setar. Perlu buat pemantauan di tempat-tempat itu bagi memastikan apa yang tersebar di blog dan Facebook betul atau tidak," katanya.



Sementara itu, Ahmad Bashah berkata pada mesyuarat itu, UMNO negeri memutuskan sepanjang bulan Ramadan ini, setiap bahagain perlu menjalankan aktiviti seperti majlis berbuka puasa, moreh dan sahur serta memberi bantuan kepada masyarakat miskin, orang kurang upaya dan anak-anak yatim.

"Kita telah putuskan supaya di setiap 627 peti undi perlu lakukan semua aktiviti itu kerana peruntukan telah disediakan oleh UMNO pusat," katanya. - BERNAMA




MTK
Pas perlu siasat apa yang kami Team Media Kedah dedahkan..Kalau masih berdiam kami akan dedahkan lagi yang lebih panas dari yang ini..

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda