Tuesday, 17 July 2012

Panass !!! Bila Pak Lebai PAS Didakwa Cabul, Jual Beras Milik Anak Yatim

cabul

Agak menyakitkan hati apabila mendengar cerita kurang enak mengenai pencabulan dan penyelewengan lebai-lebai PAS di sebuah pusat perlindungan anak-anak yatim yang diselenggara di bawah pentadbiran Kerajaan PAS Negeri Kedah.

Bukan sekadar mendengar khabar angin, saya dan beberapa rakan berkunjung ke rumah mangsa dan mendengar cerita sendiri dari kalangan orang-orang kampung di sekitar rumah anak yatim yang terletak di Padang Terap, Kedah itu.

Sebenarnya, isu ini mula timbul dari seorang pelajar perempuan dari sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Yayasan Al-Bukhari yang hadir ke rumah anak-anak yatim itu membuat kajian kertas kerjanya.

Setelah seminggu membuat kajian, dia mendapati berlaku kes cabul dan penyelewengan sumbangan di rumah anak-anak yatim itu dan menggesa agar pihak dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) terbabit datang memantau situasi berhubung aduan anak-anak yatim itu padanya.


Hasilnya, beberapa kaunselor dari PPD datang mendapatkan maklumat dan berdasarkan aduan anak-anak yatim itu, maka dua laporan polis telah dibuat terhadap warden pusat perlindungan anak-anak yatim tersebut oleh dua orang mangsa.

Setelah isu cabul anak-anak yatim itu terbongkar, maka semakin kelam-kabutlah pihak pengurusan rumah anak-anak yatim itu memandangkan ia diuruskan oleh beberapa orang pak lebai yang sememangnya PAS “totok”.

Lebih menarik, beberapa orang penduduk kampung di sekitar rumah anak yatim di situ turut tampil menceritakan dan menyokong cerita anak-anak yatim itu tentang penyelewengan dan pencabulan yang berlaku.

Menurut mereka, anak-anak yatim yang malang itu pernah mengadu kepada mereka mengenai pak lebai PAS yang suka mencabul, memeluk mereka tanpa rela, masuk ke dalam bilik air ketika mereka sedang mandi dan sebagainya.

Namun, apabila mereka bertanyakan hal tersebut kepada warden tersebut, anak-anak yatim yang mengadu itu menjadi mangsa kemarahan pak lebai itu di mana mereka dimaki hamun dan dimarah dengan kata-kata lucah yang sangat tidak sesuai didengar oleh remaja bawah umur.

Lebih pelik lagi, pak lebai PAS itu memilih untuk menjaga asrama puteri di rumah anak yatim itu dan mengarahkan isterinya untuk menjaga asrama putera! Pelik, bukan? Tapi itulah pentadbiran oleh Pak Lebai PAS yang sangat dibela oleh pihak pengurusan rumah anak yatim itu.

Selain itu, para penduduk kampung itu juga menceritakan bahawa rumah anak yatim itu sering mendapat sumbangan dan bantuan dari beberapa pihak dan individu, di mana boleh dikatakan bahawa penghuninya sepatutnya menikmati kehidupan yang selesa.

Sumbangan berbentuk keperluan makanan seperti beras, gula, milo dan sebagainya sering didermakan ke rumah anak yatim tersebut. Selain itu, rumah anak yatim itu juga dikatakan mendapat sumbangan kewangan yang agak kerap dari pelbagai pihak.

Namun begitu, dikatakan bahawa hanya peruntukan kewangan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sahaja yang direkodkan, manakala sumbangan lain yang dibuat secara terus kepada rumah anak yatim itu “direkodkan ke dalam kocek” pak lebai PAS itu.

Melalui cerita-cerita anak-anak yatim itu, mereka sering dihidangkan dengan lauk ikan temenung goreng setiap hari manakala pak lebai tersebut menikmati hidangan mewah seperti lauk ayam, daging, udang, ketam dan sebagainya.

Paling teruk, dikatakan bahawa warden itu membawa anak isterinya memasak dan “bersantap” di rumah anak yatim itu tanpa rasa bersalah memakan harta anak yatim.

Para penduduk kampung di situ juga mendedahkan bahawa pak lebai PAS itu pernah menjual sekampit beras padanya dengan harga RM10 sahaja, dan dipercayai beras tersebut adalah beras sumbangan dari orang ramai kepada rumah anak yatim tersebut.

Memandangkan isu ini telah terbongkar, pihak pengurusannya telah bertindak menutup rumah anak yatim tersebut di mana semua penguninya terpaksa pulang ke rumah saudara mara masing-masing sebagai “hukuman” membocorkan rahsia dalaman mereka.

Pelbagai pihak yang bertanggungjawab menguruskan rumah anak yatim itu dikatakan cuba menutup rahsia tersebut dari pengetahuan masyarakat, namun tidak berjaya apabila beberapa media telah membuat liputan mengenai pekung PAS Kedah itu, termasuk Sinar Harian edisi Utara.

Begitulah nasib anak-anak yatim di Kedah setelah PAS memerintah di negeri itu. Peliknya, Azizan masih berbangga dan mendabik dada kononnya negeri Kedah sangat “sejahtera” di bawah pentadbiran PAS.
Persoalannya, mampukah Azizan Razak berbangga di depan Allah kelak di Padang Mahsyar berkenaan pentadbirannya yang begitu menzalimi hak-hak anak yatim di Kedah? Wallahu’alam.

SUMBER MYKMU

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda