Monday, 9 July 2012
KHALID GAGAP GAGAL TANGANI MASALH AIR DI SELANGOR !!!
Saya ingin melahirkan rasa dukacita terhadap perkhidmatan bekalan air di sekitar Lembah Klang kebelakangan ini yang selalu terputus, lebih-lebih lagi isu tekanan air rendah bagi mereka yang menggunakan meter pukal atau yang tinggal di kawasan-kawasan perumahan bertingkat.
Difahamkan antara punca kepada masalah tersebut adalah kerana proses baik pulih paip-paip pecah dan penggantian paip-paip lama di sekitar Selangor, serta kesukaran meter pukal yang ditukar kepada meter individu sering menjadi penghalang bagi menyalurkan bekalan air bersih secara konsisten.
Ketika orang ramai menuding jari kepada syarikat bekalan air, saya kira adalah tidak adil jika mereka tidak menyelidik punca sebenar masalah tersebut.
Kerajaan Negeri Selangor sehingga kini dilihat tidak profesional dalam menangani hal pentadbiran air.
Antaranya peruntukan suntikan modal yang sepatutnya digunakan untuk meningkatkan tahap infrastruktur air, termasuk penggantian paip-paip lama syarikat konsesi air di Selangor telah dibekukan kerana beberapa sebab yang kurang profesional seperti perbezaan ideologi politik.
Secara tidak langsung, proses baik pulih dan operasi memperbaharui paip-paip air akan mengambil masa yang lama dek kerana tekanan kewangan yang menyukarkan proses tersebut berjalan dengan lancar.
Ini merupakan perbuatan yang mementingkan diri sendiri.
Kami di pihak rakyat tidak perlulah menjadi mangsa permainan politik pihak atasan, cukuplah sekadar memberikan perkhidmatan asas terbaik untuk kami.
Apakah logiknya di sebalik pembekuan dana tersebut? Tidakkah Kerajaan Negeri Selangor malu dengan rakyat, dengan mencanangkan bahawa wang kerajaan adalah wang rakyat tetapi pada masa yang sama membekukan peruntukan yang terang-terang menjadi milik rakyat dan untuk kebajikan serta kebaikan rakyat?
Secara peribadi saya tidak mempunyai masalah dengan mana-mana parti politik di Malaysia tetapi tidakkah tanggungjawab kerajaan negeri untuk berganding bahu bersama-sama Kerajaan Pusat dan syarikat konsesi air menaik taraf perkhidmatan tersebut, bukannya memberi tekanan kewangan semacam itu?
Diharapkan agar kerajaan pakatan pembangkang tidak memalu gendang sentimen 'wang rakyat' atau 'kroni UMNO' lagi selepas ini.
Laksanakanlah mengikut pentadbiran yang telus dan berhenti mencanangkan politik kebencian, seterusnya menterjemahkan dalam bentuk 'rakyat menjadi mangsa'.
Drama lapuk pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor di bawah pakatan pembangkang semacam ini sudah tidak relevan lagi.
JOHAN EEV Seri Kembangan, Selangor.
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda