Monday, 16 July 2012
GEMPARR !! PELAJAR MATI TERGANTUNG DI MEDAN SELERA
KULIM – Seorang pelajar tingkatan lima ditemui matidalam keadaan tergantung di tapak medan selera yang tidak lagi diusahakan, kira-kira jam 7.30 pagi, kelmarin.
Mayat pelajar berkenaan ditemui penduduk Taman Selasih yang kemudiannya menghubungi polis. Ketua Balai Polis Kulim, Asisten Superintendan Mohd Azlan Abd Kadir berkata, ketika ditemui mangsa memakai baju T dan seluar seragam sekolah.
Dari siasatan awal dijalankan mendapati, sebelum ini mangsa bersekolah di Lunas bagaimanapun terpaksa berpindah ke Kulim.
“Mangsa berusia 17 tahun dan masih bersekolah di tingkatan lima. Mayat mangsa ditemui oleh orang awam dalam keadaan tergantung di mana lehernya terjerut dengan tali nilon.
“Ketika pemeriksaan dijalankan terhadap mayat mangsa, polis turut menemui sekeping nota yang ditulis mangsa di atas singki berdekatan dengannya, ” katanya.
Menurutnya, dalam nota itu bertulis, ‘tiga nama ini harus berada di hari pengebumian saya’ mayat mangsa kemudiannya di bawa ke bilik Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat.
Hasil maklumat waris mangsa, mangsa merupakan seorang pelajar pintar dan disenangi keluarga.
Mohd Azlan berkata, keputusan bedah siasat menunjukkan mangsa mati tergantung dan polis tidak menemui sebarang perlakuan jenayah terhadap mangsa dan mengklasifikasikan kematian mangsa sebagai mati mengejut. (Sinar Harian)
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda