Saturday, 16 June 2012

TUDIAA !! GAME PLAN KHALID SAMAD YANG PALING BODOH PERNAH DI CIPTA


Hahaha,Khalid samad dah terkena dengan game paling bodoh yang direkanya sendiri..Apa Si Khalid ni ingat pemimpin lain ni spesis PKR dan Pas ke?? Semua yang kena kat batang hidung sampai mampos pun takkan mengaku..Sebabnya nak tunjuk depa ni paling suci dalam Malaysia ni...Ptuih

Zamil bekas KP PKR Kedah siap cabar lagi si khalid dedahkan lagi apa saja video yang ada dalam simpanan dia..Tu pun kalau si khalid ni ada teloq la, sebab Anwar dah banyak kali bohong,dari dulu siap kata ada berkotak kotak bukti salahguna BN,tapi sampai sekarang haram satu harak pun tak didedahkan..



Malah dia pulak yang kena..Harus diingat ini semuanya wayang khalid saja ,kononnya boleh buat modal nak menang kat Shah Alam lagi..Dia tak tau yang game politik yang direka sendiri paling bodoh dan tak berkesan..

Aku nak tanyalah, sejak bila dia dah mula percaya kat besi ni (video), kan boss besar dia dah fatwakan imej dalam video tak boleh diguna pakai..Mungkin bagi boss Pas yang kurang cerdik dalam soal gajet keselamatan , CCTV ni macam barang perhiasan yang di pasang dekat siling untuk mencantikkan rumah,pejabat,kedai,bank yang mengunakannya..Apa punya kolot la Bos Pas ni..heh !!

Bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah Zamil Ibrahim mencabar Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad untuk mendedahkan lebih banyak klip video atau cakera padat yang mengaitkannya dengan isu 'pembelian' Anggota Parlimen pembangkang.

Zamil berkata tindakan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor itu bukan sahaja bodoh malah memalukan kepimpinan pembangkang kerana beliau lupa bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah berusaha membeli Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) sehingga ke Taiwan.

"Saya nak ingatkan dia (Khalid), banyak rakaman tingkah laku membabitkan Anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat disimpan rakan-rakan saya.

"....bila-bila pun boleh didedahkan, biar rakyat lihat dan nilai betapa buruknya kepimpinan pakatan pembangkang terutama PKR," katanya pada sidang media mengulas tuduhan Khalid bahawa beliau terlibat dalam isu membeli wakil rakyat pembangkang oleh BN.

Di lobi Parlimen semalam, Khalid mendedahkan klip penuh video rundingan tawaran 'pembelian' Anggota Parlimen pembangkang.-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda