Tuesday, 19 June 2012

SHAHNON SHIT NIK AJIS BULLSHIT ANWAR TAIK !!!



BIASANYA begitulah, bila banyak petanda menunjukkan masa sudah tidak tinggal banyak, barulah terasa nak bertaubat dan menyesali apa yang pernah dibuat dulu. Sudah tentulah penulis merujuk kepada kenyataan terbaru penulis novel SHIT yang juga bekas Ahli Parlimen PAS di Sik Kedah, Datuk Shahnon Ahmad yang kini mula mempertikai arah tuju perjuangan PAS setelah golongan professional semakin mengatasi golongan ulama dalam parti tersebut.

Anak-anak muda hari ini mungkin tidak tahu bahawa SHIT adalah nukilan sastera versi lucah dan mencarut (tapi dianggap setaraf kitab) yang satu ketika dulu menggegar 7 petala bumi di Malaysia lanjutan dari penggunaan perkataan-perkataan yang tidak selayaknya diucapkan oleh orang yang mengakui datang dari parti Islam PAS.

Sejarahnya, pada zaman-zaman awal perang siber tahun 1998-1999 dahulu, SHIT adalah subjek yang paling hangat kerana sikap penyokong PAS dari Mursamdul sehingga ke taraf penyokong peringkat bawahan yang mengangkat SHIT sebagai kitab ‘ilmiah’ hanya kerana ia mengecam Tun Dr. Mahathir dengan kata-kata yang malu nak diucapkan oleh orang biasa, apatah lagi yang berketayap apa segala.



Tapi sebenarnya yang menjadikan SHIT popular bukan kerana bahasa mencarut Shahnon di dalam buku itu, sebaliknya tindakan Mursamdul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat memfitnah Allah swt dengan mengatakan Allah swt juga mencarut seperti mana Shahnon mencarut di dalam SHIT – dalilnya sepotong firman Allah swt yang bermaksud “celakalah kedua tangan abu Lahab, dan sememangnya Abu lahab adalah celaka” (Surah Al-lahab : 1)”.

Sedangkan yang ditulis Shahnon dalam SHIT adalah perihal pelbagai organ sulit wanita. Tapi Nik Aziz lump-sum semua sekali dan kata Allah swt juga mencarut SAMA seperti Shahnon dalam SHIT.

Mana samanya pun tak tahu, malah Timbalan Mursyidul Am PAS – Haron Din sendiri tidak setuju dengan pandangan Nik Aziz, tapi apakan daya, Nik Aziz siapa, dia siapa.

Cukup dengan sejarah. Yang penting sekarang ialah bagaimana tiba-tiba Shahnon menukar haluan, silap-silap pegangan politiknya. Ada pandangan mengatakan Shahnon dah terbayang-bayang balasan dialam barzakh nanti akibat dari buku yang ditulisnya dulu yang telah menyebabkan adanya generasi muda PAS hari ini yang tidak segan silu mencarut kerana percaya tuhan juga mencarut.

Shahnon mungkin sedang mencongak berapa banyak dosanya apabila semakin ramai yang tidak ada adab dalam berbahas dan berbahasa kerana terpengaruh dengan tulisannya dulu.

Tapi Shahnon tak sepatutnya risau, menulis buku mencarut dengan mengatakan tuhan mencarut adalah 2 perkara berbeza walaupun berpunca yang sama. Shahnon memang mencarut di dalam SHIT tapi Nik Aziz yang mengatakan tuhan mencarut sehingga kontroversi dari kenyataannya itu mengalahkan kontroversi buku itu sendiri.

Sebab itu penulis tak setuju dengan pandangan yang pertama, sebaliknya penulis percaya Shahnon mula bertukar haluan kerana percaya pengorbanannya menyokong PAS kerana menyangkakan parti itu memperjuangan Islam dan apa yang tidak lengkap (tapi tidak salah) dari segi berhukum dan beramal dalam konteks berkerajaan, telah dipesongkan oleh pimpinan baru PAS hari ini.

Apa sekalipun, ini bukan perkara baru. Dulu pun kami dah sebut perkara sama cuma fokusnya bukan pada golongan professional mengatasi ulama tapi lebihk kepada kemunafikan PAS.

Islam dibuang dan diganti dengan negara berkebajikan hari ini demi menghalalkan hubungan dengan DAP hanyalah takdir yang tidak ditentukan berlaku pada zaman Shahnon mula menceburi politik PAS dulu.

Apa sekalipun, Shahnon taubat atau tidak sekarang, ia tidak memberi kesan sangat kepada politik semasa. Dari segi moral itu mungkin menjejaskan sikit perjuangan PAS, sebab dikala artis-artis veteran berlumba-lumba masuk PAS, pemimpin veterannya pula yang kritikal pandangannya terhadap parti itu, silap-silap keluar parti pun boleh.

SUMBER MYKMU

1 comment:

  1. Secara ikhlas saya nyatakan, tidak menjadi masalah jika Shahnon Ahmad kembali ke pangkal jalan.

    Penulisannya dalam satira politik SHIT lebih menurus kepada kebencian terhadap politik pada waktu itu.

    Hari ini, kita harus ingat kemenangan Shahnon Ahmad dahulu disebabkan pengaruhnya di SIK dan kegagalan jentera BN menguasai khalayak atas pagar pada waktu itu.

    Persetankan, apa juga 'kesilapannya' dahulu. Jika hari ini Shahnon Ahmad, seorang Sasterawan Negara mula berubah arah, mengapa kita tidak ambil peluang untuk mengembalikan pemikirannya agar rasional kembali?

    Setiap orang pernah melakukan kesilapan. Shahnon Ahmad menyedarinya, mungkin agak terlewat tetapi itu lebih baik daripada berterusan dibutakan dengan janji bulan bintang yang disajikan oleh PR.


    Wallahualam..

    ReplyDelete

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda