Friday, 8 June 2012

SCORPENE !!! ANTARA FAKTA,REALITI DAN FANTASI YANG WAJIB KITA TAHU !!!



1. Beberapa tahun lepas isu komisyen pembelian kapal selam Scorpene pernah digembar gemburkan oleh Anwar dan pakatan pembangkang sebagai skandal penyalahgunaan wang dan penyelewengan dana negara yang terbesar dalam sejarah tanahair.

2. Bila disebut penyelewengan dan salahguna wang, wajib saja akan terbeliak mata penyokong pembangkang ditambah pula dengan tokok tambah kematian wanita Mongolia serentak dengan itu bergentayanganlah segala macam cerita angin mengaitkannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

3. Walhal realitinya Altantuya yang dikaitkan dengan PM itupun langsung tidak dikenali apatah lagi untuk bercemolot macam laki bini seperti disebarkan oleh penyokong pembangkang. Hingga saat ini PM sudah tiga kali mengangkat sumpah bersaksikan Allah s.w.t dengan menyebut kalimah "Wallahhi, Wabillahi, Wataallahi" menafikan penglibatannya dalam pembunuhan tersebut.


4. Jika dihitung dari jumlah hari PM bersumpah, sudahpun melebih tempoh setahun dan terbukti beliau dipihak yang benar kerana berdasarkan huraian hadith dan pendapat ulama, sekiranya seseorang itu bersumpah palsu dengan menyebut tiga kalimah tersebut maka bala bencana dari Allah s.w.t akan menimpanya dalam tempoh seawal 40 hari pertama atau 2 bulan ataupun selewat-lewatnya dalam jangka masa setahun.

5. Berbalik pada isu komisyen pula, sebetulnya ianya langsung tiada kaitan dengan penyelewengan apatah lagi salahguna kuasa mahupun dana negara. Sebaliknya yang berlaku ialah bayaran sejumlah EURO 114.96 juta (RM540 juta) yang diterima oleh syarikat Perimekar Sdn. Bhd adalah untuk nilai kontrak bagi tujuan penyediaan khidmat sokongan dan koordinasi selama enam tahun.

6. Malah, Datuk Seri Najib pada 14 Mei 2008 yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan juga mengambil tanggungjawab penuh memberi penjelasan bersama fakta dan angka di dalam Dewan Rakyat sekaligus menepis tohmahan oleh Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya dalam isu komisyen tersebut.

7. Walaupun demikian, disebabkan tabiat sesetengah manusia yang mudah lupa, sukalah penulis sekali lagi mengutip fakta-fakta tersebut sekadar sepintas lalu supaya lebih ramai lagi kembali memahami dengan jelas ke mana wang sejumlah RM540 juta itu dibelanjakan.

8. Untuk makluman semua, Syarikat Perimekar Sdn. Bhd yang dikaitkan sebagai menerima komisyen RM540 juta itu sebenarnya dimiliki secara bersama oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Berhad dan K.S Ombak Laut Sdn Berhad.Baca selanjutnya

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda