Thursday, 21 June 2012
PANASSS !!! PAS Dijangka Menang 20 kerusi Parlimen, Nasib Hudud?...
Pada Julai 2011, PAS menyatakan hasratnya untuk bertanding di 80 kerusi parlimen dengan mengambil alih beberapa kerusi milik PKR bagaimanapun tentangan keras dari PKR memungkinkan impian PAS itu tidak akan tercapai.
PKR terutama Anwar Ibrahim melihat sebarang cubaan PAS mahu merampas kerusi milik PKR sebagai satu ancaman terhadap penguasaannya dalam pakatan pembangkang.
Mengikut maklumat dalaman PAS yang terbaru, dalam pilihanraya umum ke 13 (PRU 13) akan datang, PAS dijangkakan hanya akan bertanding di 67 kerusi parlimen.
Walaupun ia belum muktamad disebabkan isu perebutan kerusi di antara PAS dan PKR masih belum diselesaikan bagi kerusi campuran, namun keputusan akhir tidak akan jauh berbeza dari angka tersebut.
Daripada kira-kira 67 kerusi yang dipertandingkan itu, pimpinan PAS meramalkan mereka hanya berkemampuan mencatat kemenangan di 20 kerusi parlimen sahaja, merosot berbanding PRU 12 2008.
Berikutan itu, timbul persoalan di mana duduk letaknya nasib hukum hudud PAS yang sebelum ini sering diwar-warkan kepada umum konon akan dilaksanakan sebaik sebelum ayam jantan habis berkokok.
Dalam konteks perancangan pakatan pembangkang kini mereka masih meletakkan harapan besar kepada undi masyarakat Cina sekalipun pasca Bersih 3.0 menyaksikan sokongan pengundi kaum itu untuk pembangkang semakin merosot.
DAP mahupun PKR tentu sahaja tidak akan membenarkan isu hudud PAS terus merencatkan peluang pakatan pembangkang yang diketahui semakin kelam selepas kekacauan dan keganasan dalam demonstrasi jalanan Bersih 3.0 tempohari.
Manakala PAS pula terpaksa menghadapi hakikat saban hari pengundi atas pagar kian menjauhi mereka disebabkan kelemahan pimpinan PAS dalam menghadapi tekanan DAP dan PKR berhubung isu hudud dan negara Islam.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, beberapa mesyuarat peringkat tertinggi di antara pimpinan pakatan pembangkang merumuskan jalan menuju Putrajaya agak sukar dan terlampau jauh untuk digapai.
Sekalipun DAP diramalkan mungkin mengekalkan kedudukan sebagai parti pembangkang yang paling banyak memenangi kerusi parlimen, di masa yang sama PAS dan PKR berdepan situasi sukar untuk mengekalkan sebahagian kerusi parlimen dan DUN yang mereka miliki sekarang.
Sebagai langkah pro aktif untuk merencatkan kebangkitan BN, satu cara yang bakal mereka laksanakan ialah dengan mempertikaikan kelayakan calon-calon BN dengan harapan kemenangan tanpa bertanding akan menjadi milik calon pembangkang.
Melalui beberapa siri mesyuarat dan kursus khas pilihanraya yang telah dan sedang giat dilaksanakan sekarang, mereka juga sepakat menumpukan usaha untuk mempotretkan imej hitam pada SPR sebagai salah satu kaedah psycho war menjelang PRU 13.
Berdasarkan gerakan aggresif pemimpin pembangkang dan NGO proksi mereka tika ini, jelas sekali maklumat terbaru ini ada asasnya untuk diambil perhatian serius oleh SPR, apatah lagi beberapa pendedahan berkaitan puluhan pengundi yang beralamat sama kebanyakannya timbul selepas SPR membenarkan agen parti politik mendaftarkan pengundi.
Tak mustahil, bilamana pembangkang gagal mengekalkan prestasi mereka, maka imej buruk yang dipotretkan pada SPR itu akan diterjemahkan kononnya sebagai justifikasi wujudnya ketidakadilan dalam sistem pilihanraya kendalian badan tersebut.BERUANG BIRU
Pakatan terus x keruan!!
ReplyDeleteNAK ALIH DARI ISU RAMPASAN PADANG PKNS & RM3 BILION ANWAR, NIK NAZMI BUKA ISU BASI ISTIJUARA. Baca di sini!!
http://apakecoh2.blogspot.com/
PAS NILAH RASANYA KAUM-KAUM YANG SEDANG MENJUAL AYAT-AYAT ALLAH DENGAN HARGA YANG MURAH. BETUL TAK???
ReplyDelete