Saturday, 9 June 2012

PANASS !!! ROGER MILTON MALUKAN ANWAR



USAHA yang dilakukan itu memang sudah baik, tapi hasil dan pengakhiran kepada usaha yang baik itu benar-benar mengecewakan ramai orang. Dalam hal ini penulis merujuk kepada tulisan Roger Milton dari Phonmn Penh Post mengenai skandal pembelian kapal selam Scorpene dan pembunuhan Altantunya yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Najib.

Kekecewaan penulis ini merujuk kepada banyak fakta yang mengelirukan dalam artikel tersebut, antaranya pembunuhan yang konon dilakukan anggota polis dari cawangan Khas (special branch), dakwaan Altantunya telah dirogol sebelum dibunuh dan nilai rasuah sebanyak 114 juta euro.

Sepanjang penulis mengikuti kes ini dengan dekat, inilah kali pertama penulis mendengar bahawa Altantunya dirogol sebelum dibunuh. Begitu juga anggota polis yang melakukannya yang didakwa Roger Milton datang dari polis Cawangan Khas.

Berkenaan nilai rasuah pula, maklumat terbaru dari SUARAM menyatakan nilai rasuah yang terlibat adalah sebanyak USD 1 billion atau RM 3.8 billion mengikut nilai tukaran wang pada 2001. Kedua kapal selam itu pula berharga RM 3.6 billion.

Kes itu sekarang masih dalam siasatan hakim di Perancis.

Penulis perlu akui, sejak Raja Petra Kamarudin (RPK) mendedahkan bahawa soal kaitan Najib dengan pembunuhan Altantunya ini hanya melalui cerita mulut yang disampaikan kepada beliau oleh seorang pegawai risikan tentera (dinafikan kemudiannya oleh pegawai tentera terbabit), ramai penyokong Pakatan Rakyat yang menjauhkan diri dari bercakap tentangnya.

Sila Baca Selanjutnya Di suarapakatanrakyat.com

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda