Friday, 22 June 2012

PANASS !!! MAHFOZ BEANGAI BUAT PASAL LAGI !!! BUAT MALU POKOK SENA JA



Agak melucukan apabila melihat Mahfuz Omar “masuk perangkap” Anwar Ibrahim untuk memperlekehkan bantuan “one-off” kerajaan BN yang memberikan voucher bernilai RM520 untuk menukar tayar teksi kepada para pemandu teksi.

Anwar pada mulanya menyatakan bahawa bantuan tersebut merupakan “gula-gula” kerajaan BN kepada pemandu teksi dan menegaskan bahawa permit teksi lebih bermakna dari pemberian tayar yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu.

Mahfuz yang terkenal sebagai “ahli parlimen paling berIQ rendah” cuba menyampuk isu tersebut bahawa Bantuan Teksi Rakyat 1 Malaysia (TR1M) itu dikatakan sebagai tidak diperlukan oleh para pemandu teksi berbanding permit teksi.



Kalau sudah dasar bodoh, sudah tentulah dia akan hanya mengiyakan saja apa yang dikatakan Anwar itu meskipun ia adalah sesuatu yang tidak wajar dan tidak logik sama sekali.

Sepatutnya, Anwar dan Mahfuz menggesa supaya seluruh pemandu teksi di negara ini bersyukur kepada Allah SWT di atas bantuan yang diberikan kepada mereka itu melalui kerajaan BN yang prihatin.

Ia bertepatan dengan ajaran Islam yang menggariskan agar umatnya bersyukur kepada Allah SWT atas rezeki yang dikurniakan, “la in syakarkum la aziidannakum, wala in kafar tum inna azaabi la syadid…”.

Anwar dan Mahfuz juga sewajarnya mengerti bahawa elemen yang paling penting bagi sesebuah kenderaan ialah tayar. Tayar yang baik akan memastikan kenderaan tersebut selamat dipandu dan mampu menyelamatkan banyak nyawa.

Tidak dinafikan bahawa permit adalah sesuatu yang diperlukan oleh para pemandu teksi. Persoalannya, apakah para pemandu teksi di seluruh negara ada memohon untuk mendapatkan permit tersebut?

Sekiranya ada, apakah mereka layak memohon sebagaimana yang ditetapkan oleh undang-undang?

Setahu saya, pihak berkuasa tidak pernah menolak permohonan permit para pemandu teksi yang layak dan para pemandu teksi mempunyai begitu banyak persatuan yang akan membantu ahlinya untuk mendapatkan permit teksi.

Selain itu, saya juga dimaklumkan bahawa antara syarat untuk mendapatkan permit teksi, pemohon yang berminat mestilah mempunyai sebuah kenderaan yang didaftar sebagai teksi.

Persoalannya, apakah Anwar dan Mahfuz fikir semua pemandu teksi mampu dan memiliki teksi sendiri?

Tidakkah mereka tahu bahawa kebanyakkan pemandu teksi di seluruh negara tidak memiliki teksi sendiri memandangkan ramai di antara mereka yang tidak sanggup dan tidak mampu membiayai penyelengaraan kenderaan awam itu.

Hakikatnya, Anwar hanya suka memperbodoh-bodohkan rakyat dengan memperlekehkan TR1M memandangkan ia tahu tindakan bantuan yang dihulurkan Najib itu jelas sesuatu yang sangat dihargai para pemandu teksi di seluruh negara.

Dan hanya pemimpin Pakatan Haram yang bodoh seperti Mahfuz saja yang akan menyambut dan menyalak kata-kata Anwar itu. Lagipun, saya yakin bahawa Mahfuz langsung tak tahu pun apa yang diperkatakan mengenai isu ini…

Nampaknya Anwar semakin gerun dengan gerakan-gerakan Najib yang banyak memberikan kelegaan dan meringankan beban rakyat di negara ini. Anwar hanya popular dengan skandal video seksnya manakala Najib lebih popular atas keprihatinannya kepada kesusahan rakyat.

Anwar sebok memperlekehkan Najib dan kepimpinannya. Manakala Najib pula sebok berbakti dan membuktikanb bahawa kerajaan pimpinannya sentiasa bersedia memberikan khdmat terbaik kepada rakyat.

Mana satu yang rakyat pilih, terserah kepada otak dan akal yang diberikan Allah SWT. Rasanya, jika tersalah pilih, sudah tentu ada yang tak kena…kan?

SUMBER MYKMU

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda