Friday, 8 June 2012

PANASS !!!! KG LATA CHELAK BALING AKAN MENGEGARKAN KARIER REGIM AZIZAN RAZAK !! #savekedah



Inilah nilai yang harus dibayar oleh Rakyat Kedah terutama kepada penduduk Kampung Iboi, Kupang, Baling. Sumber bekalan air harian mereka telah dicemari dengan selut dan air dari tapak pembalakkan.

Gambar-gambar di bawah menjadi bukti keperitan penduduk kampung menghadapi masalah air akibat aktiviti pembalakan yang menggila. Ini adalah air dari Lata Chelak yang bercampur selut. Percayakah anda suatu ketika dulu ianya pusat perlancongan?







Penduduk kampung sudah tidak sabar dengan masalah yang mereka hadapi. Aduan demi aduan yang dibuat dipandang sepi oleh Kerajaan PAS Kedah. Keuntungan hasil pembalakan lebih utama dan penting daripada keselesaan dan keselamatan penduduk. Hari ini mereka turun untuk membantah pembalakan yang menggila di Gunung Inas. Hari ini penduduk-penduduk kampung turun untuk menyatakan bahawa Kerajaan PAS Kedah harus bertanggungjawab ke atas masalah yang mereka hadapi.





Demi keperihatianan dan rasa tanggungjawab sosial kepada penduduk-penduduk di sini, krew Aduan Rakyat, TV3 turut turun padang untuk menyampaikan masalah penduduk-penduduk di sini. Penduduk-penduduk di sini sudah banyak bersabar. Sudah sampai masanya suara mereka didengari oleh Kerajaan PAS Kedah.






Sama sama kita menonton pendedahan dalam slot Aduan Rakyat di Buletin Utama..lepas tu kita tengok apa Azizan Razak nak jawab..


MTK
PRU 13 KEDAH MILIK BN

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda