Monday, 4 June 2012

PANASS !!! ISU KARIKATUR , ZUNAR MEROYAN MACAM BUDAK TAK CUKUP MAKAN



Baru-baru ini Timbalan Pengerusi Suruhajaya Piliharaya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengumumkan bahawa penggunaan bahan kempen berbentuk karikatur tidak dibenarkan pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) ini.

Katanya, tindakan tersebut diputuskan bagi mengelak sebarang unsur fitnah yang dilukis pada karikatur tersebut memandangkan ia boleh direka-reka mengikut kehendak akal dan mampu menjurus kepada bentuk tohmahan yang tidak benar.

Maka ekoran pengumuman itu, maka melentinglah Zunar, seorang kartunis upahan pembangkang yang mencari rezeki mencipta persepsi dan fitnah berbentuk sindiran di dalam karikaturnya.

Reaksi itu adalah normal bagi mereka yang cari makan dengan kartun-kartun fitnah seperti Zunar dan rakan-rakannya.

Meskipun begitu, ia juga satu keputusan yang agak mengecewakan saya kerana saya sebelum ini banyak melihat kartun-kartun yang berbentuk positif, informatif dan berfaedah yang diterbitkan oleh pelbagai agensi kerajaan bagi menafikan dakyah kartun Zunar dan konco-konconya.

Bagaimanapun, saya terpaksa menghormati keputusan SPR tersebut memandangkan salah satu tanda sikap bertamadun ialah mematuhi undang-undang yang ditetapkan. Dalam konteks ini, saya perlu patuh pada keputusan SPR itu.

Namun, khabarnya Zunar sudah mengeluarkan kenyataannya semalam mengenai pengumuman SPR tersebut dan dia menegaskan bahawa dia tetap mahu meneruskan kempen PRU ke-13 kali ini dengan karikatur-karikatur karyanya bagi menentang BN.Baca seterusnya

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda