Wednesday, 27 June 2012
ABBY ABADI HARUS DISELAMATKAN DARI MENJADI MANGSA KERAKUSAN LEBAI PAS
Pelakon terkenal, Abbay Abadi baru-baru ini melahirkan rasa kecewa atas tindakan beberapa pihak yang melemparkan kata-kata kurang manis kepadanya ekoran penglibatannya di dalam beberapa program anjuran PAS.
Kekecewaan Abby itu diluahkan melalui laman sosial Twitter miliknya baru-baru ini. Kata Abby…
“Kenapa bila saya ikut BN tak ada siapapun mengata saya, tapi bila saya berhijrah, PAS raikan saya, macam-macam cerita timbul. Sampai kata saya dapat ‘hidayah sesat’? Apa tu?,”.
Apa yang mengharu-birukan, PAS melalui lidah rasminya, Harakahdaily, cuba menjadi “batu api” apabila cuba memutar belitkan kenyataan Abby dan seolah-olah cuba menjauhkan pelakon itu dari Barisan Nasional atau UMNO.
Sebenarnya, saya menyokong penuh langkah Abby Abadi yang berhijrah mengenakan tudung di kepala, yang menandakan perubahan positif dari selebriti itu ke arah yang lebih Islamik berbanding sebelumnya.
Sama ada Abby masih lagi mengenakan pakaian yang ketat, menampakkan susuk tubuh atau tidak menutup aurat sepenuhnya tidak timbul buat masa sekarang.
Pada masa ini, saya bersyukur kerana dia mula diberikan hidayah untuk menutup bahagian kepala dan lehernya yang sebelum ini terdedah. Itu adalah lebih baik dari imejnya sebelum ini yang langsung tidak bertudung kepala.
Namun pada saya, kenyataan Harakahdaily yang mengatakan bahawa Abby naik ke pentas ceramah PAS adalah tidak benar sama sekali.
Abby Abadi sebenarnya hanya memenuhi jemputan anjuran PAS yang rasanya kurang berbaur politik seperti “talk show” Malam Keinsafan Bersama Selebriti yang berlangsung di Dataran Kerdau baru-baru ini.
Program “talk show” setahu saya bukanlah ceramah politik yang menghentam UMNO mahupun BN sepertimana kebiasaan amalan PAS.
Sepatutnya, Abby tidak wajar dipersalahkan dalam hal ini kerana muncul pula beberapa pihak yang menghentam Abby yang baru saja mahu mengenal Islam dengan lebih dekat lagi.
Cuma pada pandangan saya, cara Abby mendekatkan diri kepada Islam melalui pendekatan politik adalah kurang tepat sama sekali. Apatah lagi jika Abby menganggap individu-individu seperti Nik Aziz Nik Mat dan Ustaz Azhar Idrus itu layak bergelar ulama.
Jika Abby nak tahu, Nik Aziz hanyalah boleh dianggap sebagai ustaz biasa yang mendapat pendidikan agama di India dan negara timur tengah, termasuk di universiti Al-Azhar. Namun ia belum boleh membuat Nik Aziz bergelar ulama.
Begitu juga dengan Ustaz Azhar Idrus. Dia hanyalah seorang ustaz yang mengajar dari masjid ke masjid. Saya kurang pasti sama ada dia ditauliahkan oleh Majlis Agama Islam untuk berceramah di beberapa buah negeri.
Namun, untuk menetapkan gelaran ulama kepada dua individu itu adalah tidak tepat sama sekali kerana tidak semua lulusan Al-Azhar itu layak digelar ulama meskipun mereka aktif mengajar atau mendapat tauliah mengajar di masjid dari Majlis Agama Islam.
Sebagai contoh, Kamariah Ali juga lulusan dari Al-Azhar. Tapi Kamariah merupakan pengikut setia Ayah Pin. Jadi, apakah Abby rasa Kamariah wajar digelar sebagai ulama dan apa saja yang dilakukannya tidak boleh dikecam atau dikutuk?
Untuk pengetahuan Abby, Nik Aziz menolak perpaduan umat Islam di negara ini meskipun pada awalnya dipersetujui oleh Presiden PAS dan majoriti Majlis Syura Ulama PAS. Nik Aziz menggunakan kuasa “veto”nya sebagai Mursyidul Am untuk menafikan perpaduan umat Islam di Malaysia.
Nik Aziz juga menghalalkan budaya memaki hamun dan mencarut dengan memberi alasan bahawa Allah juga “mencarut” di dalam Al-Quran.
Persoalannya yang perlu Abby fikirkan, apakah seorang hamba wajar mencarut? Allah mungkin boleh mengutuk Abu Lahab di dalam firmanNya, tapi apakah Rasulullah SAW memaki hamun musyrikin dan kuffar yang melontar najis kepadanya?
Justeru, saya memohon agar Abby memperbaiki pendekatannya kepada Islam melalui cara atau uslub yang lebih diiktiraf. Pergilah berjumpa dan rapatkan diri dengan program-program JAKIM, Majlis-Majlis Agama Islam atau ulama-ulama muktabar.
Nak kenal ulama-ulama muktabar, sila hubungi urusetia Mykmu.net kerana laman portal ini sering menganjurkan konvensyen bersama ulama tersohor bertaraf antarabangsa. Kalau setakat ulama politik, rasanya tak payah berguru pun tak rugi…
Sumber: Mykmu.net
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda