Monday, 21 May 2012
TUDIAA !!! SAM KETOT MARAH POLIS SIASAT KEKASIH GELAPNYA ?!!
Angkatan Muda “Ketidakadilan” (AMK) semalam telah mengeluarkan kenyataan kepada media yang melarang “intimidasi” Polis DiRaja Malaysia (PDRM) terhadap kroni Pakatan Haram merangkap Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez.
Dalam kenyataan yang dibuat oleh Ketua Penerangannya, Lee Khai Loon, AMK marah bila Irene disiasat polis ekoran wujudnya dakwaan bahawa wanita tua itu secara konsisten memburuk dan memfitnah negara berhubung isu tenaga kerja asing.
Irene Fernandez sebelum ini telah membuat kenyataan akhbar di luar negara kepada Jakarta Post kononnya pekerja asing ditindas dan terpaksa bekerja di tempat kerja yang tidak selamat di negara ini.
Persoalannya, apakah PDRM sengaja meng”intimidasi” Irene Fernandez sekadar “suka-suka”? Apakah pegawai polis yang meng”intimidasi” Irene itu cuba “mengorat” dan memikat Irene Fernandez?
Rasanya, kalau kita lihat Irene pun, mungkin ramai yang akan “muntah” jika ditugaskan untuk “mengintimidasi”nya!
Sudah tentu pihak berkuasa punya alasan yang kukuh untuk menyiasat Irene Fernandez! Kalau Irene tidak buat salah, buang masa saja pihak polis menyiasat kesnya sedangkan banyak lagi kes penting yang perlu diselesaikan.
Memandangkan Irene disiasat, sudah tentu ada satu dakwaan kesalahan serius yang telah dilakukannya. Dan apakah salah pihak berkuasa menyiasat tentang sesuatu yang dilihat mampu mencemarkan nama baik negara?
Dalam kenyataan Irene di Jakarta Post tempohari, dia menyatakan bahawa pekerja asing ditindas dan bekerja di kawasan yang tidak selamat. Masalahnya, dia sedikit pun tidak memberikan bukti kukuh untuk menyokong dakwaan tersebut!
Kalau memberi kenyataan tanpa bukti, sesiapa pun boleh buat begitu! Memberi kenyataan tanpa sebarang bukti, khususnya melibatkan nama baik negara merupakan satu kesalahan yang serius untuk diberi perhatian oleh pihak berkuasa di Malaysia.
Apatah lagi jika kenyataan yang dibuat oleh Irene Fernandez itu PALSU dan layak dikategorikan sebagai FITNAH semata-mata!
Justeru itu, apakah menjadi kesalahan pihak berkuasa menyiasat pengkhianat negara yang memfitnah tanahair yang memberikan kerakyatan dan kewargenegaraan padanya itu?
Budak suruhan Sam Ketot itu juga menyatakan bahawa polis perlu menyiasat kesahihan dakwaan Irene di Jakarta Post itu secara serius.
Masalahnya, apa yang nak disiasatkan? Irene tidak membuat sebarang laporan polis mengenai kenyataan tersebut dan tidak pula membawa bukti yang menyokong dakwaannya itu. Jadi, fail apa yang perlu dibuka oleh pihak berkuasa mengenainya?
Apa kata AMK jika saya terbang ke US dan membuat kenyataan kepada Washington Post bahawa Sam Ketot dan Anwar mempunyai hubungan sulit luar tabii dan kadangkala membuat “threesome” dengan CheguBard, tanpa sebarang bukti munasabah?
Mahukah AMK mendesak polis menyiasat mengenai kenyataan yang saya lakukan di US itu? Bagaimana dengan dakwaan lain yang dibuat oleh Syazryl Eskay dan kumpulan Datuk T? Omega? Video Nallakarupan? Video “aiskrim” Azmin? Tak mahu desak polis siasat, kah?
Mengapa perlu ada sikap “double standard”? Desaklah polis siasat kes-kes tersebut! Lagipun, jika terbukti tidak benar, ia akan membersihkan nama para pemimpin yang “didewa-dewakan” AMK juga, kan?
Rasanya, kalau Khai Loon “tak cukup telur” mahu mendesak polis melakukan siasatan mengenai kes-kes video itu, dia boleh minta Sam Ketot buat laporan polis dan desak ia disiasat segera. Lagipun, bukankah air muka para pemimpin PKR perlu di”bershit”kan.
AMK tunggu apa lagi? Desaklah kalau berani!
sumber
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda