Inilah sikap bongkak angkuh dan bodoh sombong pengikut pengikut tegar PR yang selama ini menghentam,menghasut warga FELDA yang lain supaya terpengaruh dengan janji bulan dan bintang PR.
Usaha yang kerajaan lakukan untuk menaikkan taraf ekonomi warga felda sepatutnya dinilai secara baik oleh pengikut pr..tak malu ke bila dalam ceramah cakap kerajaan ni zalim kepada peneroka,tanah peneroka akan tergadai bila FGVH disenaraikan di papan utama bursa saham??
Dalam kutuk kutuk pun ada jugak tanpa segan silu memakai baju lambang pr datang ambik durian runtuh yang DS Najib Umumkan baru ni..
“Terima kasih atas pemberian durian runtuh ini tetapi kerajaan seharusnya berterima kasih juga kepada pembangkang kerana tanpa kami, kerajaan tidak mungkin berusaha memajukan nasib rakyat.”
Demikian kata seorang peneroka Felda Kampung Awah yang hadir menerima durian runtuh dengan memakai baju korporat putih mempunyai logo PKR, DAP dan Pas pada satu majlis, di sini.
Walaupun bersikap prejudis terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, peneroka berusia 50-an itu tidak sama sekali menyangkal bahawa Najib adalah seorang pemimpin yang prihatin dengan nasib rakyat memandangkan semua ahli keluarga menerima pembahagian durian runtuh itu.
Katanya, Perdana Menteri sendiri memberitahu bahawa durian runtuh itu adalah hak peneroka maka setiap peneroka perlu menerimanya.
“Saya mengambil durian runtuh ini tetapi tidak bermakna saya menyokong kerajaan. Saya tidak sekali–kali akan menukar parti pilihan (Pakatan Rakyat) memandangkan apa yang diperjuangkan pembangkang adalah sesuatu yang benar dan adil.
“Pemberian durian runtuh Felda ini saya anggap rezeki yang tidak boleh ditolak,” katanya ketika ditemui menerima cek durian runtuh fasa pertama bagi ketua keluarga bernilai RM5,000 bersama 466 peneroka lain dari Felda Kampung Awah dan Sungai Nerek, di sini.
Majlis disempurnakan Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda Pahang, Datuk Tan Mohd Aminuddin Ishak dan Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib.sinar harian
Bongkak kan apa yang orang pr ni cakap.nak gelak pun ada jugak,bila masa tah pembangkang ni bagi sumbangan kat peneroka felda??setahu aku puak pr ni la yang duk rembat duit peneroka..tiap tiap kali ceramah ja mesti tabung milo sampai kat depan muka..lagi satu kes saman felda yang peneroka menang tu berapa banyak peneroka dapat?dan berapa banyak loyer tu dapat ?? Dah kena kencing dengan puak pr ni pun masih percaya lagi kat depa..
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda