Sunday, 6 May 2012

PANASS!!! KHALID GAGAP PENING NAK JAWAB BILA DISOAL ISU AZMIN ?!!


Adakah khalid gagap yang terlibat dalam penyebaran gambar gambar lucah mirip azmin tu?Kalau korang nak tahu si Khalid gagap ni salah seorang dari team wan azizah,dia juga antara orang orang kanan wan azizah kat selangor ni memandangkan team azmin diselangor ni ramai maka team wan azizah berusaha untuk mengekalkan kuasa didalam parti mereka.

Kenapa khalid tak mau ulas isu gambar lucah mirip azmin tu?Sedangkan azmin ali salah seorang adun pkr di selangor.Tapi yang duk banyak bunyi si zuraida mak lampir,siapa zuraida?dia hanya memegang jawatan ketua wanita dan ahli parlimen saja..Kenapa bukan wan azizah yang bersuara selaku presiden?


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetap berkeras enggan mengulas berhubung isu pendedahan imej lucah yang didakwa mirip Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Beliau juga tetap memberi jawapan sama dengan sekadar berkata ‘tiada komen’ ketika diminta mengulas mengenai kekesalan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang kecewa dengan jawapannya yang seolah-olah lepas tangan dalam isu pendedahan imej lucah tersebut.

Bagaimanapun, beliau bersetuju dengan tindakan Azmin mahu menyaman Utusan Malaysia RM100 juta kerana menyiarkan laporan klip video seks yang menggambarkan kononnya si lelaki adalah beliau.

“Hari ini adalah Hari Wesak. Kenyataan pertama saya, saya setuju tindakan saudara Azmin mahu saman (saman Utusan Malaysia RM100 juta).

“Saya tiada komen lagi,” katanya selepas menyempurnakan majlis pecah tanah projek pembinaan jejantas pejalan kaki pada sambutan Hari Wesak yang turut diadakan di sini, hari ini.

Kelmarin, Zuraida menganggap kenyataan ‘no comment’ apabila ditanya pemberita berhubung isu tersebut mengecewakan di mana kenyataan itu memberi ruang kepada tafsiran negatif masyarakat terhadap Azmin.

Abdul Khalid memberi jawapan yang dilihat sebagai lepas tangan itu selepas mesyuarat mingguan exco di Bangunan SUK, Rabu lalu selepas imej lucah seiras Azmin bersama seorang wanita yang tersebar luas di laman blog.Sinar

Tak pa,kita tunggu lepas ni YB Zul Nordin dah tau sapa dalang tu,sama sama kita nantikan pendedahan lepas ni pulak..



MTK
ALAHAII KHALID OII,TAKUT KANTOI KE?

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda