Monday, 21 May 2012

PANASS !!! CONFIRM ANWAR MENGAMUK DEKAT WARTAWAN LEPAS NI JIKA SOALAN INI TERLEPAS ?!!



Sahih anwar mengamuk lagi lepas ni kat wartawan RTM kalau depa tanya soalan angka sebenar yaang hadir perhimpunan bersih..Semua tahu hubungan dingin anwar dengan wartawan RTM dan TV3 memang tak akan selesai sampai bila bila.

Sebelum ini,laporan yang disiarkan dalam media dalam dan luar Negara pasal kehadiran peserta Bersih 3.0 hanya sekitar 25 ribu hingga 30 ribu sahaja.

Tapi puak pembangkang tak nak cover malu di up kan lagi sebanyak 300 ribu,malah gambar di Kuala Lumpur terpaksa di edit untuk menampakkan betapa ramainya penyokong bersih.

Tapi, tanpa disangka jumlah sebenar yang datang ke perhimpunan bersih itu sekitar 22,730 orang saja tak sampai separuh pun dari yang jangkakan..

Anwar sudah pasti sedang merancangkan sesuatu untuk menjawab soalan wartawan RTM dan TV3 yang diboikotnya..

KUALA LUMPUR: Perhimpunan di ibu negara bulan lepas disertai oleh 22,270 orang dan bukan ratusan ribu seperti yang didakwa pembangkang, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Isnin.

Beliau berkata rumusan tentang jumlah mereka yang menyertai perhimpunan pada 28 April itu dibuat oleh Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) dengan menggunakan sistem blok fotografi.

"Jumlahnya 22,270, agak hampir dengan konfigurasi British Broadcasting Corporation (BBC) (25,000), tetapi, yang pasti ia jauh daripada (jumlah) yang diumumkan (penasihat PKR dan Ketua Pembangkang) Datuk Seri Anwar Ibrahim ke seluruh dunia.

"Sehubungan itu, kami ingin berkata begini: "Bersikap jujurlah tentang jumlah orang yang menghadiri sebarang majlis.

"Dan idea untuk menjadikannya gah hingga mencapai beratus ribu bukan saja sesuatu yang agak nakal, tetapi juga menyatakan sesuatu yang begitu tidak benar kepada rakyat Malaysia dan kepada seluruh dunia," katanya selepas merasmikan kursus asas mengenai media baharu untuk anggota Mubarak (Majlis Bekas-bekas Wakil Rakyat) dan veteran Umno di sini.

Rais mempelawa mereka yang begitu berminat untuk mengetahui bagaimana jumlah itu dikira, melihat cara Bernama melakukannya.

"Kami sebenarnya boleh mengira jumlah kepala bagi setiap sentimeter graf pada sesuatu gambar.
"Kami lebih cenderung menerima cara anggaran itu dibuat daripada cara mencari gah yang kami dapat daripada puak PKR," katanya.

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda