Monday, 14 May 2012

PANASS!!! ADA KHABAR ANGIN GAMBAR EXCO PAS KEDAH PELUK SIAM DOLL TERSEBAR ???


Biarpun tiada bukti-bukti sahih, rata-rata mereka yang rapat dengan kepimpinan PAS Kedah, sibuk dan asyik bercerita tentang Phahrolrazi Zawawi, Exco Tak Berportfolio yang sebelum ini bercita-cita besar hendak menjadi Menteri Besar Kedah menggantikan Azizan Abdul Razak. Cerita tentang Phahrolrazi peluk dua betina Siam amat mudah didengar di kedai-kedai kopi terutama di kawasan di mana Phahrolrazi menjadi Yang Dipertua PAS Kawasan.

Kata mereka, Phahrolrazi Zawawi adalah seorang munafik yang sangat kuat dan pandai berlakon. Di kalangan orang ramai dan penyokong, dialah tok alim. Tetapi apabila berada di seberang sempadan, dialah juara betina dan berfoya-foya.



Kononnya, ada gambar-gambar Phahrolrazi Zawawi mengepit dua ekor betina Siam yang disimpan oleh orang tertentu. Sama seperti dalam kes ADUN Tanjong Dawai, gambar-gambar tersebut juga diambil oleh orang PAS sendiri tanpa sebarang penglibatan orang UMNO.

Tidak sedikit sebenarnya yang menyampah dan meluat dengan perangai Phahrolrazi Zawawi yang perasan, dia adalah orang hebat di Kedah. Berbanding dari kalangan UMNO, yang paling menyampah dengannya adalah di kalangan orang PAS yang cukup tahu tentang perangai pemimpin mereka tetapi mujurlah mereka telah dilatih untuk menutup mulut.

Cuma ada satu sahaja helah dan alasan yang boleh digunakan iaitu menyalahkan UMNO seandainya gambar-gambar berkenaan tersebar di kalangan masyarakat awam sepertimana yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan dua orang ADUN di Kelantan.

Kita sebenarnya tidak pasti sama ada ianya benar-benar wujud atau sebaliknya. Namun kalau bersembang dengan orang PAS Kuala Kedah, cerita tersebut akan membolehkan mereka ketawa terbahak-bahak. Kalau hendak dikatakan berita tersebut sebenarnya untuk memerangkap UMNO, anehnya mereka berbual dan bergelak tawa tentang Phahrolrazi yang campak serban dan kopiah untuk peluk dua betina Siam gebu hanya sesama sendiri tanpa kehadiran orang UMNO.

Di kalangan orang PAS, sebenarnya berlaku perpecahan yang amat ketara. Sebahagian besar orang PAS Kedah adalah jenis yang wala' membuta tuli kepada kepimpinan. Mereka tidak pernah mempertikaikan siapa pemimpin yang dilantik untuk mengetuai mereka kerana sentiasa percaya kepimpinan tertinggi adalah tsiqah.



Namun pembohongan tidak boleh berterusan untuk tempoh masa yang lama. Apatah lagi zaman sekarang adalah zaman di mana maklumat amat mudah diperolehi. Ilmu agama tidak lagi sekadar cerita lisan yang disampaikan oleh orang-orang yang digelarkan sebagai ustaz biarpun pendidikan agama mereka juga tidak setara mana.

Perkembangan ilmu setaraf dengan perkembangan budaya maklumat. Ia boleh diperolehi di mana-mana. Ilmu yang telah dicetak, ilmu yang berada di alam maya, malah terlalu ramai yang telah dihantar untuk belajar secara betul, berjaya mengembangkan pengetahuan dan pemikiran kritis di kalangan generasi baru PAS. Generasi baru PAS, khususnya di Kedah, tidak lagi terlalu taksub dan mempercayai bulat-bulat apa yang berlaku dalam PAS Kedah kerana selain dapat melihat perkembangan negatif yang berlaku, mereka juga merasai sendiri bagaimana perubahan PAS dari sebuah parti politik yang bermodalkan agama kepada parti politik yang dipenuhi dengan pelahap-pelahap.

Kemusnahan besar ekonomi dan ketidakmampuan PAS menyelia serta mentadbir negeri dengan membenarkan kemasukan lebih banyak arak, pusat-pusat hiburan, pelacuran dan masalah sosial yang tidak berkurangan, membuktikan segala dakwaan selama ini bahawa para pemimpin PAS hanya pandai bercakap tetapi tidak pandai bekerja. Apatah lagi, para pemimpin PAS masih tidak mampu untuk menukar sikap daripada menjadi penceramah dan tukang kempen kepada bekerja bagi pihak rakyat.

Faktor-faktor di atas menjadi kemungkinan besar kepada ketidakmampuan para pengikut PAS untuk terus menutup mulut. Sebagai pejuang, sudah tentulah mereka malu dengan kepimpinan PAS yang lebih banyak bercakap tetapi tidak pandai bekerja. Tentunya sebagai pejuang juga, mereka ingin melihat perjuangan mereka diaplikasikan dengan cara yang betul dan boleh membanggakan, bukan sekadar cakap-cakap, ceramah-ceramah dan kempen-kempen retorik semata-mata.

Apatah lagi, Phahrolrazi Zawawi sendiri mempunyai terlalu banyak masalah peribadi yang tidak eloklah kita siarkan di sini. Keaiban yang sebenarnya bukanlah perkara rahsia lagi di kalangan ahli-ahli PAS terutama di Kuala Kedah.

Benar atau tidak benar wujudnya gambar-gambar Phahrolrazi Zawawi peluk dua betina Siam seperti yang heboh diperkatakan sekarang, kita pulangkanlah kepada masa. Kebiasaan di dunia ini ialah, kebatilan tidak mampu mengatasi kebenaran!!!

SUMBER Kedahan69

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda