Sunday, 20 May 2012

MUZAKARAH : PAS MULA MAIN WAYANG KULIT


KITA kena ingat ya, soal muzakarah ini pertama kali dibangkitkan Hadi Awang, Presiden PAS, sebelum di endorse Nik Aziz, Mursyidul Am PAS. Ini penting sebab soal siapa mula apa ini selalu jadi isu bila ada masalah timbul, contohnya kalau muzakarah tak jadi dilaksanakan.

Tapi penulis lihat, setelah Timbalan Perdana Menteri sahut seruan Nik Aziz dan Hadi Awang untuk muzakarah UMNO-PAS, Nik Aziz sudah mula main ayat pusing, dan siap letak DUA syarat pulak untuk muzakarah seperti yang disiarkan Buletin Utama sebentar tadi.



Eh, siapa yang ajak siapa muzakarah?

Tapi secara peribadi penulis tidak terkejut dengan tindakan seumpama ini sebab tahu sangat dah dengan politik PAS yang macam mengkarung ni. Bukan tak pernah terjadi dahulu, dia yang sibuk nak mulakan, alih-alih kepada kita pulak diletakkan kesalahan bila muzakarah tak jadi.

Malah penulis dah ingatkan lama dahulu kepada kepimpinan UMNO, PAS tidak ada kepentingan lain atas apa juga yang dia cadangkan atau sebut untuk buat, melainkan yang boleh mendatangkan kepentingan kepada dirinya sendiri.


Justeru, penulis tidak nampak keperluan kenapa UMNO perlu menjawab seruan muzakarah PAS. Buat tak tahu sudah, sebab niatnya bukan nak muzakarah sangat pun tapi nak cari kepentingan politik, menghidupkan sokongan terhadap PAS yang semakin berkurang.

Kurang yang banyak sangat, sehinggakan nak dibanding dengan JATI pimpinan Hasan Ali pun tidak setaraf (dari segi sambutan ceramah).

Tapi penulis boleh faham, kalau kita jawab tak mahu kang, ada juga implikasinya terhadap UMNO, nampak sangatlah orang hulur tangan nak bincang, kita pijak-pijak tangan itu. Tak patut jugalah, walaupun kita cakap tentang PAS – parti munafik dan pembohong nombor satu.

Cuma yang nak ditegaskan disini ialah, plot cerita Muzakarah ini sama macam cerita hudud jugaklah. Dari mula sampai habis, kita dah tahu perjalanannya macam mana. Oleh itu sementara bukti-bukti masih segar, simpan dan bersedia untuk digunakan bila perlu, terutama kepada pejuang maya UMNO di alam siber ini.

Sebab firasat penulis kuat mengatakan, pada bila-bila masa dari sekarang cerita muzakarah ini akan terbalik kepada UMNO pula yang mengharap walaupun bukti jelas menunjukkan PAS yang memulakan

SUMBER

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda