Agenda Daily - Slogan demokrasi, kebebasan media, kebebasan bersuara, ketelusan, tadbir urus yang baik (good governance) dan macam-macam lagi adalah antara slogan yang sering dilaungkan oleh parti politik.
Tidak ketinggalan pakatan 3P - DAP, Pas dan PKR. Memang menarik kata-kata itu tetapi sejauh mana keupayaan untuk melaksanakannya?
Berjanji dan bercakap sebelum berkuasa memang mudah kerana modalnya hanyalah air liur tetapi untuk mengotakannya setelah berkuasa bukanlah senang. Jika janji dikota pun mungkin melibatkan kroni atau suku sakatnya. Kata orang sekadar ada, bagi ‘menutup mulut’ pengkritik dan jika tidak mampu dilaksanakan, mereka akan menuding jari mencari silap orang lain. Akhirnya janji yang ditabur hanyalah janji palsu dan terjadi cakap tak serupa bikin atau bikin tak serupa cakap.
Adakah pakatan 3P benar-benar mengamalkan kebebasan maklumat melalui media? Selepas memerintah Pulau Pinang, Perak dan Selangor, kebebasan media hanya menjadi slogan. Di Selangor, Utusan Malaysia diharamkan penjualannya di semua pejabat kerajaan negeri termasuk pihak berkuasa tempatan.
Baca boleh tetapi bukan untuk dijual. Malahan agensi di bawah kerajaan negeri juga khabarnya diharamkan untuk membeli iklan. Keadaan yang sama juga berlaku di Perak ketika pemerintahan 3P. Di Pulau Pinang, wartawan yang tidak ‘sehaluan’ dengan kerajaan negeri akan ‘digam’, tidak dibenarkan membuat liputan di Komtar, bangunan yang menempatkan ‘Kabinet’ kerajaan negeri DAP. Wartawan media cetak dan elektronik sudah mengalami pengalaman ‘dipulau’ oleh kerajaan negeri.
Wartawan Utusan Malaysia bukan saja tidak dijemput meliputi sebarang majlis yang melibatkan Ketua Menteri tetapi juga dilarang membuat liputan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) sedangkan rakyat berhak tahu apa yang berlaku di dewan kerana di situ ada wakil rakyat yang mewakili parti politik yang menyokong kerajaan negeri dan sebaliknya.
Malahan baru-baru ini juga, Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri di- dakwa cuba mempengaruhi sekolah Cina di negeri itu supaya tidak melanggan Utusan Malaysia dan Berita Harian. Inikah kebebasan media yang dilaungkan oleh Parti Tindakan Demokratik itu? Entah apa nasib media cetak yang tidak sehaluan dengan DAP jika mereka menduduki Putrajaya.
Baru berkuasa di sebuah negeri, mereka sudah mengawal ‘pergerakan’ media tertentu. Secara tidak langsung, kerajaan DAP sudah ‘menguasai media’. Mereka boleh menentukan siapa yang boleh buat liputan dan siapa yang tidak. Di Pulau Pinang, Guan Eng sudah pun merealisasikan hasrat bapanya, Lim Kit Siang pada satu masa dulu untuk menjadi ‘ketua menteri yang berkuasa’.
Berbalik kepada Selangor, walaupun Utusan Malaysia diharamkan penjualan di premis kerajaan negeri, baru-baru ini terbongkar kegiatan pihak tertentu memasukkan akhbar Selangor Kini terbitan kerajaan PKR dan Harakah terbitan Pas ke dalam akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia.
Siapakah yang bertanggungjawab? Apakah motif di sebalik kerja kotor ini? Walaupun tidak melibatkan keseluruhan akhbar itu tetapi sedikit sebanyak ia cuba mempengaruhi pembaca Utusan Malaysia.
Lihatlah apa yang berlaku kepada Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr. Hasan Ali yang ketika itu menyandang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor dan Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang ketika itu menyandang jawatan Ahli Dewan Negara.
Mereka menjadi mangsa kerana menentang dua perhimpunan yang tidak sepatutnya diadakan. Dr. Hasan dipecat kerana beliau bersuara supaya rakyat tidak diheret menyertai perhimpunan haram Kempen Bebaskan Anwar 901 pada 9 Januari 2012 semata-mata bagi mempertahankan isu peribadi Anwar Ibrahim.
Beliau yang tidak rela anak-anak muda diheret sama dalam perhimpunan itu membidas Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr. Abdul Rani Osman yang menggesa ahli parti itu untuk menyertai perhimpunan tersebut. Akibat kenyataannya itu, Dr. Hasan dipecat tanpa dipanggil membela diri. Pemecatan serta merta itu menyebabkan beliau digugurkan sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor.
Begitu juga nasib yang menimpa Tunku Abdul Aziz. Naib Pengerusi DAP ini bersuara menyatakan pandangannya yang tulus ikhlas sebagai rakyat Malaysia. Beliau menolak demonstrasi Bersih 3.0 diadakan di Dataran Merdeka kerana DBKL tidak membenarkannya.
Pada masa yang sama, pengalamannya juga menunjukkan dalam kebanyakan kes, demonstrasi aman akan bertukar menjadi ganas. Baginya jika polis menasihatkan untuk menukar laluan dan tempat berhimpun, itu adalah apa yang patut dilakukan kerana polis adalah pihak berkuasa keselamatan.
Jangan langgar undang-undang. Kesimpulannya Abdul Aziz mahu semua pihak mendukung salah satu prinsip Rukun Negara iaitu Kedaulatan Undang-Undang.
Tetapi pandangannya tidak selari dengan kehendak pemimpin utama DAP terutama Guan Eng dan bapanya Kit Siang yang mahu rakyat menyertai demonstrasi Bersih 3.0 itu walaupun undang-undang melarangnya.
Akhirnya sebagai pembalasan, DAP tidak melanjutkan tempoh Senator beliau yang akan berakhir pada 31 Mei. Begitulah laungan kebebasan bersuara dalam parti demokratik itu yang sebenarnya terpaksa mengikut ‘syarat’ yang ditetapkan. Ia amat terbatas. Anda boleh bersuara tetapi jangan menyongsang pendirian parti.
Bagi Dr. Hasan dan Abdul Aziz, mereka sepatutnya berdiam diri dan membiarkan ‘kemungkaran’ berlaku. Mereka perlu diam walaupun tahu perhimpunan seperti itu mengganggu privasi banyak pihak - orang awam tempatan, pelancong, pemandu teksi, peniaga dan sebagainya.
Nampaknya, hadis ‘katakanlah kebenaran itu walaupun ia pahit’ tidak boleh dipakai oleh pemimpin Pas, apatah lagi DAP walaupun corak pemerintahannya mahu mengikut seorang khalifah. Mungkin rakan-rakan Exco Melayu Islam dalam kerajaan negeri Pulau Pinang perlu menerangkan kepada Guan Eng mengenai maksud hadis ini.
Apakah perasaan DAP jika orang lain melanggar undang-undang? Apakah undang-undang ini tidak boleh dipakai?
Nasib baik Abdul Hadi Awang adalah Presiden Pas. Jika tidak, beliau juga akan mengalami nasib seperti Hasan Ali dan Abdul Aziz kerana bercakap tidak senada atau selari dengan pendirian pakatan 3P. Mujurlah Karpal Singh (Pengerusi DAP) hanya meminta Abdul Hadi ‘diam’, bukannya meminta disingkirkan.
Sumber assassincyber
MTK
MACAM NI KA NAK PERJUANGKAN KEBEBASAN MEDIA?? MEMANG PAKATAN MACAM HARAM
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda