Hari ni aku ke bergegas ke Alor Setar setelah mendapat khabar bahawa 4 buah bas menuju ke Wisma Darulaman untuk membantah kelulusan tanah yang dibuat oleh Azizan Razak untuk membina jirat Cina di atas tanah rizab Melayu!
4 buah bas tersebut membawa penduduk kampung Sg. Kob, mukim Karangan di Kulim yang marah pada Azizan kerana menandatangani projek untuk tempat persemadian orang Cina memandangkan ia dibina di atas tanah rizab Melayu dan majoriti penduduk di kawasan Sg. Kob adalah Melayu beragama Islam.
Paling best, golongan muda penduduk Kg Sg Kob kepung Wisma Darulaman sebab takut Azizan lari! Depa jerit panggil Ustaz Azizan turun jumpa depan pagar. Tapi Azizan tak mau turun. Dia ada kat Wisma tu, tapi dia takmau turun jugak...
Depa tambah bengang...
Tanah yang berikan itu sebesar Nilai Memorial Park dan projek itu dilaporkan berharga RM2 bilion. Sedangkan orang Cina dikawasan tersebut kurang daripada 2,000 orang dari 16,000 jumlah penduduk keseluruhan.
Berita mengenai demo aman tersebut boleh di baca selanjutnya di sini.
Aku dapat tahu bahawa Tanah Melayu yang diberikan oleh Ustaz Azizan itu kepada orang bukan Melayu itu bakal menjejaskan masjid di kawasan sekitarnya dan melewati beberapa bidang tanah para penduduk kampung Sg. Kob.
Nak buat macamana? Azizan Razak dah tandatangan surat kelulusan projek tu! Khabarnya, ada pihak yang "masyukkkk" beratus juta dari projek berkenaan dan akan digunakan untuk berkempen secara "persendirian" pada PRU13 ini...betul ke Ustaz Azizan?
Islamik betul kerajaan Kedah Sejahtera Azizan Razak, kan? Penduduk kampung tu bantah projek tersebut dan mahu ia dibatalkan segera atau dipindahkan ke tempat lain. Ustaz Azizan dah sign dah perjanjian tu, jadi masih boleh ke dibatalkan atau dipindahkan dari Sg. Kob?
Berikut adalah gambar-gambar yang sempat aku rakam untuk bukti rakyat dah mula tolak kezaliman PAS "susahtera"kan rakyat...
Azizan marah tengok banner nihhhh... |
Brader ni panggil Azizan turun...tapi Azizan takmau turun |
Masa kempen PRU12 dulu Azizan mai "rumah" depa dan disambut baik...tapi bila depa ada masalah, Azizan tutup pintu pagar "rumah" dia...tak bagi masukkkk...baguih betoi perangai...heh! |
Baca seterusnya..
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda