Friday, 6 April 2012
TUDIAA!!! AKHBAR IKLAN UBAT KUAT DI TOLAK OLEH MASYARAKAT PUTRAJAYA ??!!
Tengahari tadi bertempat di Medan Selera Presint 8 Putrajaya, sekumpulan penduduk yang diketuai oleh beberapa Pengerusi Persatuan Penduduk sekitar Putrajaya berkumpul dan berhimpun secara aman melahirkan rasa tidak puas hati.
Gua yang sedang sedap-sedap lepak terus bergegas ke sana setelah mendapat info drp sahabat infomer gua. Sampai saja gua kat sana, gua tengok ramai orang dah berkumpul. Gua pun menyelit la dalam kelompok orang ramai.
Gua tanya salah seorang pakcik yang hadir kat situ. Apa kes nie? Rupanya ini kumpulan wakil penduduk dan segelintir masyarakatÚ yang marah dan berang dengan penyebaran akhbar Harakah ke rumah-rumah di sekitar kompleks kediaman penduduk.
Aktiviti penyebaran akhbar Harakah ini berlaku semenjak dua menjak nie rentetan daripada ceramah tanpa permit mereka di tempat awam seperti Pasar Basah Presint 8 dan Medan Selera Presint 9.
Penyebaran akhbar Harakah ke pintu-pintu rumah ini mengundang rasa tidak senang dan kurang selesa penghuni lantas begitu banyak aduan yang diterima persatuan penduduk.
Sebab itulah mereka mengambil keputusan berkumpul bagi meluahkan rasa tidak puas hati dengan bertindak mengoyak dan membakar akhbar Harakah dan memijak bendera Israel.
Yang lebih menarik lagi, peristiwa ini turut dirakamkan secara sembunyi-sembunyi oleh YDP Pas Putrajaya yang berniaga dan mempunyai kedai di kawasan tersebut. Cerita pasal YDP Pas Putrajaya ni nanti la gua 'story' dalam entri lain.
SUMBER
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda