Sunday, 15 April 2012
SURUHANJAYA DIRAJA AKAN DITUBUHKAN SIASAT PEMIMPIN PEMBANGKANG YANG MENGHINA RAJA
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menggesa supaya Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat beberapa pemimpin pembangkang yang didakwa menghina raja-raja Melayu semasa majlis pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Rabu lalu.
Menurutnya, suruhanjaya itu perlu bagi melengkapkan siasatan pihak berkuasa, walaupun enakmen sedia ada sudah ada kerana pihak terbabit wajar diberi pengajaran berikutan tindakan mereka itu.
Sambil memberi amaran institusi diraja bakal mengalami penghinaan lebih dahsyat jika pembangkang diberi kuasa untuk memerintah negara pada pilihan raya umum akan datang, beliau berkata, perbuatan beberapa pemimpin pembangkang itu tidak boleh dimaafkan.
"Saya sendiri hadir pada majlis pertabalan tersebut dan dimaklumkan mengenai kejadian ejekan sebaik sahaja majlis tamat. Ini soal prinsip asas dalam Perlembagaan, raja-raja serta Agong adalah ketua negara yang wajib dihormati dan bukan untuk dihina dan diejek sesuka hati.
"Ia sesuatu yang serius dan perlu disiasat demi pengajaran kepada semua agar lebih bertanggungjawab dan sentiasa menjunjung tinggi institusi diraja. Saya fikir perlu kita wujudkan Suruhanjaya Diraja di samping enakmen-enakmen sedia ada," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau mengulas pendedahan pengawai perubatan, Dr. Rahman Kadir yang mendakwa beberapa pemimpin pembangkang bertindak mempersenda dan mengejek pemimpin kerajaan serta Raja-raja Melayu pada istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong.UTUSAN MALAYSIA
MTK
Suruhanjaya Diraja wajar ditubuhkan bagi menyiasat dan memberi pengajaran kepada mereka yang biadap !!
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda