Sunday, 15 April 2012

PINJAMAN PTPTN BUKAN PAKSAAN !!!!



MELAYU JAWA
Ipoh, Perak
FORUM UTUSAN MALAYSIA

Sekumpulan mahasiswa dikatakan merancang untuk mengadakan perhimpunan pertengahan bulan ini bertujuan mendesak dimansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Saya percaya penggerak utama dan pendokong perhimpunan ini adalah mahasiswa Melayu. Saya sangat sedih kerana biasanya penggerak bagi perbuatan tidak berfaedah seperti ini adalah orang Melayu.


Kenapa perlu buat bantahan dan terpengaruh dengan dakyah pembangkang? PTPTN diwujudkan untuk kemudahan pelajar melanjutkan pelajaran ke menara gading. Semua pihak perlu berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi kemudahan ini. Dengan itu, peluang mereka untuk menimba ilmu lebih cerah.


Kos untuk pendidikan tinggi bukan murah, terutama bagi kursus kritikal. Dengan pinjaman PTPTN, peluang melanjutkan pelajaran menjadi lebih mudah, terutama dalam kalangan tidak berkemampuan.

Jadi, haruskah kita membantah usaha baik yang dilakukan oleh kerajaan? Dahulu tidak ada pun PTPTN. Pelajar perlu menanggung sendiri kos. Jika bernasib baik, mendapat pinjaman atau biasiswa.

Kini kerajaan menyediakan kemudahan tetapi mahasiswa masih tidak berpuas hati. Apa lagi yang mereka mahu? Pemansuhan PTPTN? Para pemimpin memberi penjelasan bahawa jika ia dilakukan, negara boleh menuju ke taraf muflis. Tidakkah mahasiswa menggunakan akal fikiran waras dalam isu ini?

Pembayaran balik PTPTN adalah untuk memastikan tabung tersebut mempunyai wang pusingan yang mencukupi bagi membolehkan ia terus menyalurkan bantuan kepada pelajar. Susah sangatkah untuk membalas budi dengan membayar balik pinjaman bagi memastikan pelajar generasi kemudian akan terus mendapat bantuan PTPTN?

Janganlah bersifat tamak dengan hanya memikirkan diri sendiri. Janganlah hanya mahu diri dibantu dan tidak pedulikan generasi kemudian.

Ingatlah, pinjaman PTPTN bukan paksaan. Ia adalah pilihan sendiri sama ada mahu meminjam atau tidak. Jika tidak mahu tidak mengapa. Berikan kepada yang memerlukan dan benar-benar hendak belajar.

Justeru, tidak ada sebab perlu berhimpun atau membantah berhubung perkara yang bukan isu. Matlamat ke menara gading adalah untuk menuntut ilmu dan pastikan matlamat ini dicapai.

Kepada mahasiswa Melayu, belajarlah jadi orang cerdik dan jangan mudah dipengaruhi pihak luar. Ketika bangsa lain menerima baik PTPTN dan tekun belajar untuk berjaya dengan cemerlang, pelajar Melayu dilihat sibuk dengan kerja tidak bermanfaat. Sedarlah diri!

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda