Monday, 16 April 2012

PANASS !!! PAS KEDAH AKUI BERI LESEN KARAOKE SATU KEBAJIKAN BUAT RAKYAT ??



Semenjak PAS berkawan dengan DAP dan menjadi salah satu komponen Pakatan Rakyat, banyak perangai dan fenomena aneh yang berlaku di kawasan-kawasan yang dikuasai oleh PAS. Antara fenomena aneh tersebut adalah penghalalan hub dan pusat-pusat maksiat. Walaupun sebahagian penyokong fanatik PAS menyalahkan Kerajaan Pusat kerana tidak wujudnya hukuman Hudud dan Qisas di negara ini, namun apa yang berlaku sebenarnya mencerminkan bagaimana sikap suka menyalahkan orang lain, begitu menebal di hati dan jiwa penyokong PAS.


Itu yang berlaku di Baling!

Pada 8 April lalu, jam 10:00 pagi lebih kurang 25 orang pemuda dari Biro Pemuda Masjid Ridzwaniah, Pekan Baling telah menyerahkan memorandum bantuahan ke atas pembukaan Pusat Karaoke di bangunan Pasaraya Aneka, Pekan Baling, Kedah kepada Pejabat Daerah Baling. Memo tersebut difahamkan turut diserahkan ke Majlis Daerah Baling dan pihak polis.
Seramai 4 orang wakil yang diketahui merupakan AJK PAS Kawasan Baling yang dikenali ramai turut serta dalam penghantaran memorandum bantahan itu.


Antara kandungan memorandum tersebut yang menolak pembukaan pusat karaoke berkenaan adalah penduduk Baling majoritinya adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam. Pembukaan pusat karaoke tersebut boleh meningkatkan masalah sosial yang teruk menerusi pergaulan bebas antara remaja lelaki dan perempuan. Malah operasi pusat karaoke itu juga dibimbangi akan berlarutan sehingga melebihi had masa yang ditetapkan memandangkan pemantuan pihak berkuasa amat berkurangan dan terlalu lemah.

Sambung baca Disini

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda