Monday, 2 April 2012

PANASS!!! KENAPA BAR COUNCIL TAKUT DENGAN PASUKAN RELA ?? @HishammuddinH2O @tunfaisal


MTK ada terbaca satu isu dalam blog MKP pasal Bar Council nak suruh Pasukan RELA dibawah KDN dimansuhkan dan menyerahkan semua tugas tugas RELA kepada Polis.MTK agak tertarik juga dengan isu ini,Bar Council yang menjadi balaci pembangkang sepatutnya sudah tahu kenapa Pasukan RELA ini di tubuhkan dan kenapa ianya dikekalkan hingga sekarang sejak dari penubuhannya pada 11 Januari 1972.

Skop kerja Pasukan RELA antaranya Melaksanakan operasi menangkap pendatang asing tanpa izin (PATI),Memelihara keselamatan dan keamanan setempat seperti tugas-tugas rondaan mencegah jenayah
Menjalankan aktiviti-aktiviti 'Geraksaraf dan Perangsaraf',Bertindak sebagai 'mata dan telinga Kerajaan,Menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan sosio-ekonomi setempat.


Mereka Sanggup bersengkang mata menjaga kententeraman awam serta melakukan rondaan di kawasan kawasan perumahan,termasuk rumah rumah penghuni yang bekerja di Bar Council..Walaupun pasukan RELA hanya diberikan tugas tugas seperti yang MTK nyatakan di atas tetapi mereka juga tidak terlepas dari tindakan undang undang jika disabitkan kesalahan.

Pasukan RELA hanya menjalankan tugas dan membantu operasi berdasarkan SOP yang ditetapkan oleh agensi yang terlibat.Jika ada salahguna kuasa atau melanggar undang undang atau SOP mereka juga akan dikenakan tindakkan sama seperti orang lain..

Sepatutnya pihak Bar Council yang patut malu dalam pekara ini,cuba kira berapa ramai ahli Bar Council yang melanggar undang undang dalam negara ini termasuk salahguna kuasa dan Kes yang paling besar melibatkan pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya..

Rela hanyalah sebuah pasukan yang terbentuk dari rakyat (IKATAN RELAWAN RAKYAT MALAYSIA) maksudnya datang dari rakyat yang berbilang kaum  menyertainya.Jadi pekara ini yang membuatkan Pembangkang dan Bar Council takut dengan pertambahan rakyat yang menyertai RELA.

Difahamkan menjelang tahun 2012, RELA akan mempunyai keanggotaan berjumlah 2.5 juta anggota yang terdiri daripada pelbagai kaum. Sehingga April 2010, kekuatan anggota RELA adalah sebanyak 1.2 juta anggota dan jumlah tersebut jauh lebih ramai berbanding keanggotaan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Jadi kepada pasukan Rela,teruskan perjuangan anda menghapuskan anasir anasir jahat di bumi MALAYSIA.

1 comment:

  1. Mungkin bar council faham dan seriau dengan semangat serta kuasa di sebalik RELA dan seragamnya.Dah terbukti kekuatan dari sejarah Bukit Kepong hingga la ni, dan insyaAllah selamanya.

    ReplyDelete

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda