Thursday, 26 April 2012

PANASS!!! ANWAR KENA PENYAKIT 4 STROKE BILA KENA SOALAN MAUT ?




SAYA terbaca di laman web lidah rasmi PAS, Harakahdaily, mengenai kenyataan Anwar di dalam satu ceramahnya di Permatang Pauh baru-baru ini yang mendakwa terdapat 2 soalan “maut” yang akan membuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak “kecut perut”.

Tajuk laporan di Harakahdaily itu ialah 2 soalan ‘maut’ bakal buat Najib ‘kecut perut’.

Kononnya wartawan dari seluruh dunia nak tahu penjelasan Najib mengenai dua perkara iaitu “mengapa minyak tak boleh diturunkan harga?” dan “adakah kerajaan Malaysia akan bankrap selepas harga minyak diturunkan Pakatan Haram?”.


Itukah soalan “maut” yang dimaksudkan Anwar? Pada saya, itu bukan soalan “maut”, tapi ia adalah soalan “bodoh tahap maut” yang tercetus dari akal seorang lulusan jurusan sastera yang tak punya pengetahuan mengenai soal ekonomi! Soalan “bodoh” dan “tolol”!

Sebenarnya, soalan tersebut sudah pun ditanya oleh wartawan dan sudah pun dijelaskan dengan panjang lebar oleh Najib bagi pihak kerajaan. Najib tak “kecut perut” pun masa jawab soalan tersebut. Beliau sebagaimana biasa, begitu yakin dan bersahaja dalam jawapannya.

Harga minyak tak boleh diturunkan sewenang-wenangnya memandangkan keadaan harga minyak yang tidak menentu. Kerajaan tanggung lebih RM19 bilion setahun untuk menampung harga minyak yang naik mendadak di pasaran dunia dan sehingga kini ia tidak menentu.

Anwar kata, mustahil tak boleh turuh harga minyak kerana Pertonas menghasilkan RM80 bilion setahun. Memanglah. Tapi apakah pendapatan Petronas itu akan kekal begitu banyak setiap tahun? Berapa banyak minyak yang tersimpan dalam kawasan telaga minyak di Malaysia?

Kalau sumber minyak Malaysia sekaya Arab Saudi atau Kuwait, mungkin munasabah untuk turunkan harga minyak. Tapi, tahukah anda bahawa simpanan minyak di Malaysia semakin menyusut dan Petronas terpaksa ke luar negara untuk mencari sumber yang baru?

Justeru, RM80 bilion itu tidak wajar diboroskan begitu saja. Ia perlu dijimatkan bagi perbelanjaan pada masa akan datang.

Sekiranya Anwar jadi Perdana Menteri dan menurunkan harga minyak pada paras RM1 seliter, maka dipercayai kerajaan Malaysia akan menampung subsidi 3 kali ganda. Dalam ertikata lain, sebanyak RM57 bilion duit Petronas akan dibelanjakan setahun.

Katakanlah harga minyak meningkat dalam masa 2 tahun Anwar memerintah dan kos subsidi meningkat sehingga RM60 bilion. Dalam masa yang sama, sumber minyak dan pendapatan Petronas menyusut kepada RM70 bilion setahun.

Di ketika itu, saya nak tanya Anwar, apakah yang boleh dia buat untuk negara ini dengan dana RM10 bilion setahun itu? Berapa banyak pula Petronas dapat untuk mencari pelaburan baru dan buat “rolling money”? Bankraplah!

Wartawan satu dunia dah tahu, hanya Anwar saja yang terlalu bodoh untuk memahami perkara ini.

Sebenarnya, Anwar yang makin “kecut perut”. Para wartawan mempunyai begitu banyak soalan “maut” yang mampu membuat Anwat bukan sekadar “kecut perut”, malah ia mampu membuat Anwar “senak perut” atau “pecah perut”!

Contohnya, di manakah jam tangan Omega Anwar? Apakah Anwar akan serahkan DNA untuk dibandingkan dengan “Farah Afifah”? Siapakah nama China Doll itu? Siapakah nama Siam Dolls itu? Siapa Shamsidar di mata Anwar? Pandaikah Shamsidar “makan aiskrim”?

Kereta siapakah yang mengusung Shamsidar untuk bertemu Anwar? Kondo mewah milik siapa yang menjadi lokasi Anwar memadu kasih dengan “kekasih gelap”nya? Azmin tak marahkah? Dan banyak lagi soalan yang mampu membuat perut Anwar memulas-mulas sampai tak mahu keluar dari tandas!

Di antara dua soalan yang sudah dijawab Najib dengan jelas, dan beratus-ratus lagi soalan “maut” yang membuat Anwar rasa nak “terkincit” menjawabnya, siapa sebenarnya yang patut “kecut perut”? Anwar atau Najib?

- PANDORA

PerakToday

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda