Saturday, 14 April 2012

Mansuh PTPTN: Pembangkang Cuba Ajar Rakyat Jadi Tidak Bertanggungjawab #mejabulatptptn



Sekiranya Mahfuz Omar yang gagal lulus SRP itu yang tak tahu mengira, mungkin saya dapat menerima alasan dia tidak mampu mengira dengan baik. Tapi, apabila Husam Musa, seorang Exco Ekonomi di Kelantan yang bodoh mengira, saya fikir PAS memang gagal dalam bidang matematik!

Pembangkang baru-baru ini berpolitik dengan golongan muda yang meminjam wang dari PTPTN bagi menampung kos pengajian mereka di institusi pengajian tinggi. Pembangkang mahu menghapuskan PTPTN dan hutang para peminjam tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa kerajaan tidak akan berbuat demikian kerana ia akan menyebabkan kerajaan mengalami kerugian sebanyak RM43 bilion dari jumlah pinjaman yang telah dikeluarkan kepada para pelajar.



Husam mendakwa bahawa PM berbohong. Kononnya, jumlah sebenar pinjaman keseluruhan dari PTPTN hanya berjumlah RM28 bilion bagi 1.9 juta peminjam. Katanya, Najib cuba membebankan pelajar dan menakut-nakutkan rakyat dengan jumlah kerugian yang besar itu.

Persoalannya, benarkah hujah dan fakta Husam Musa itu? Dari mana dia dapat jumlah RM28 bilion itu sedangkan Najib mengumumkan jumlah yang jauh lebih besar, RM43 bilion? Siapa yang beri pinjaman dan menyimpan rekod? Kerajaan atau Husam Musa?

Sekiranya RM28 bilion dibahagikan dengan 1.9 juta peminjam, maka seorang peminjam mendapat sebanyak RM14,736.84 sehingga tamat pengajian. Saya ingin bertanya, adakah perbelanjaan selama 3 hingga 4 tahun hanya memerlukan wang sebanyak itu saja untuk para pelajar?

Belum pernah lagi saya dengar kos pengajian yang serendah itu. Di IPTA yang mendapat subsidi kerajaan, dianggarkan bahawa para pelajar memerlukan lebih dari RM20,000 untuk menampung kos sara diri dan yuran pengajian mereka sehingga tamat kursus diploma atau ijazah.

Itu belum lagi disebut tentang para pelajar IPTS yang lebih mahal kos pengajiannya di mana anggaran kasar menunjukkan mereka memerlukan lebih RM30,000 sehingga tamat pengajian. Biasalah, swasta sudah tentu lebih mahal dari institusi pengajian awam.

Sekiranya, RM43 bilion dibahagikan pula dengan 1.9 jurta peminjam, ianya berjumlah RM22,631.58 secara purata bagi setiap pelajar. Jumlah tersebut adalah lebih logik untuk diterima akal. Lagipun, jumlah tersebut dinyatakan berasaskan bukti rekod.

Jadi, hujah Husam jelas tidak boleh dipakai langsung!

Memansuhkan PTPTN hanyalah merupakan “gula-gula pembangkang” yang mahu memikat undi golongan muda yang berhutang dengan PTPTN. Mereka tahu, sekiranya hutang tersebut dimansuhkan, maka para peminjam akan melompat gembira tak payah bayar hutang!

Tapi, sedarkah mereka bahawa dengan cara begitu, pembangkang cuba mengajar mereka untuk lari dari tanggungjawab membayar hutang? Sedarkah mereka bahawa hutang yang dipersetujui perlu dilangsaikan sehingga selesai?

Sekiranya dirujuk kepada dasar Islam, Rasulullah SAW sendiri menegaskan kepada umatnya supaya menyelesaikan hutang mereka. Sila berikan dalil naqli sekiranya kenyataan saya itu salah. Islam menuntut umatnya membayar hutang biarpun kepada seorang Yahudi!

Wang PTPTN itu adalah dana dari kerajaan yang disalurkan kepada rakyat bagi membentuk masyarakat yang berilmu pada masa akan datang. Dana tersebut juga wang rakyat yang dikumpul dari hasil cukai dan sebagainya.

Setelah peminjam bersetuju meminjam wang tersebut untuk menamatkan pengajian mereka dan kini bekerjaya bergaji besar, apakah mereka tidak perlu membayar hutang pengajian mereka itu? Di mana letaknya rasa tanggungjawab mereka?

Dengan mengajar generasi akan datang untuk tidak memiliki sikap tanggungjawab, pembangkang akan menyediakan sumber insan yang tidak berkualiti pada masa akan datang. Mahukah negara ini dilihat memiliki rakyat yang sebegitu rendah tahapnya?

Janganlah termakan dengan dakyah pembangkang itu. Mereka mahu ‘memancing’ undi sahaja. Lepas berkuasa nanti, sedap-sedap saja mereka kata “saya baru tahu bahawa kerajaan memang tak mampu berbuat begitu”, sebagaimana yang sering dilafazkan Azizan Razak kepada rakyat Kedah…

SUMBER

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda